Custom Search


BEIRUT 30 Dis. - Tentera Lebanon berkata, pihaknya telah menembak pesawat pejuang Israel yang terbang rendah melampaui ruang udara di selatan negaranya.

Kenyataan yang dikeluarkan pihak tentera semalam berkata, empat buah pesawat pejuang Israel telah mencerobohi ruang udara di selatan Lebanon.

Tembakan anti-pesawat udara dari Lebanon itu telah memaksa pesawat penceroboh segera beredar dengan terbang pada tahap lebih tinggi.

Tentera Israel bagaimanapun tidak segera memberi kenyataan mengenainya. - AP



 





Penyerang bunuh diri letup bom di Pakistan

KARACHI: Sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh dan lebih 60 cedera, apabila seorang penyerang bunuh diri meletupkan bom, ketika penduduk Islam Syiah memulakan upacara memperingati hari Asyura di bandar raya terbesar di Pakistan ini semalam.

Menteri Dalam Negeri, Rehman Malik, berkata serangan dilakukan penyerang bunuh diri yang meletupkan bom pada permulaan upacara itu.



Rakaman oleh stesen televisyen tempatan menunjukkan kesan letupan dengan asap kelihatan berkepul ke udara. Ambulans turut dilihat berada di kawasan itu.

“Setakat ini, 20 kematian sudah dilaporkan di Hospital Civil. Kira-kira 60 orang lagi cedera, kebanyakannya parah,” kata Menteri Kesihatan Wilayah, Sagheer Ahmad yang menambah angka kematian dijangka meningkat.

Pegawai polis, Raja Umer Khatab, berkata keganasan berlaku selepas pengeboman itu, apabila penganut Syiah yang marah melepaskan tembakan ke udara. Sebilangan yang lain turut melempar batu ke arah polis dan pasukan paramilitari.

Televisyen turut menyiarkan rakaman menunjukkan kereta polis dan ambulans yang rosak dan pecah, manakala bumbung kereta turut tertanggal.

Datuk Bandar Karachi, Mustafa Kamal menggesa semua penduduk agar bertenang.

“Saya merayu kepada semua orang, saudara mara dan sesiapa saja agar bertenang. Saya dimaklumkan berlaku pertempuran dengan polis dan doktor. Tolong jangan lakukan kerana inilah matlamat pengganas. Mereka mahu melihat bandar raya ini musnah,” katanya.

Kawalan keselamatan di seluruh Pakistan dipertingkatkan pada hari Asyura yang juga antara hari paling suci bagi penganut Syiah bagi memperingati kematian cucu Nabi Muhammad, Saidina Hussein. 


Sementara itu, angka kematian akibat serangan bom bunuh diri di tempat perhimpunan Islam Syiah di wilayah Kashmir, Pakistan meningkat kepada lapan orang semalam. - AP/AFP



 


PARACHINAR: Seorang pegawai kerajaan dan lima anggota keluarganya terbunuh dalam letupan di rumahnya di Kurram, barat laut Pakistan semalam.

Polis berkata kejadian itu adalah sebagai membalas tindakan tentera yang mensasarkan Taliban di kawasan berkenaan.

Pihak tentera memperhebatkan serangan di Kurram selepas ramai anggota militan melarikan diri berikutan serangan di Waziristan Selatan pertengahan Oktober lalu. Kedua-dua kawasan adalah kawasan puak di kawasan sempadan Afghanistan.

Serangan kelmarin mensasarkan rumah Sarbraz Saddiqi, seorang pegawai kerajaan di Kurram, kata pegawai polis, Naeemullah Khan. Polis masih menyiasat sama ada bom berkenaan diletupkan oleh alat kawalan jauh atau jangka waktu, katanya.

Kebanyakan militan Taliban dipercayai melarikan diri ke Waziristan Utara, sebuah kawasan puak Pakistan dikuasai kumpulan jihad. - AP 







KABUL - Kumpulan Taliban menyiarkan satu rakaman video semalam bagi menunjukkan seorang askar Amerika Syarikat (AS) yang ditawan lebih lima bulan lepas di timur Afghanistan.

Kenyataan dalam video itu menyebut lelaki tersebut sebagai 'Tahanan Perang: Bowe Robert Bergdahl'.

Prebet Kelas Pertama Bowe Bergdahl merupakan satu-satunya askar AS yang ditawan di Afghanistan.

Dia ditawan oleh pihak Taliban di wilayah Paktika pada 30 Jun lepas.

Lelaki dalam klip video tersebut dilihat sedang duduk di hadapan kamera dan memakai cermin mata hitam serta pakaian dan topi askar AS.

Pada sisi imej itu terdapat mesej iaitu: "Seorang askar AS yang dipenjarakan kumpulan Mujahidin Emiriyah Islam Afghanistan".

Dalam video itu, jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid menyatakan pihaknya mahu sejumlah tahanan Afghanistan dibebaskan sebagai pertukaran dengan Bergdahl. - AP





NEW YORK - Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat kini menjalankan siasatan terhadap kegiatan penggodam terhadap kumpulan perbankan terkemuka, Citigroup Inc yang mengakibatkan kehilangan wang berjumlah puluhan juta dolar Amerika dari akaun para pelanggan, lapor The Wall Street Journal kelmarin.

Institusi kewangan itu bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya sistem komputer mereka telah diceroboh.

"Tidak ada pencerobohan dan tidak ada apa-apa kerugian yang ditanggung,'' jelas Citigroup dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu, memang pada waktu tertentu berlaku kes-kes seperti pecah amanah atau masalah ketirisan membabitkan sistem pihak ketiga tetapi mereka sentiasa mengambil tindakan segera untuk menjaga kepentingan pelanggan dan Citigroup.

Bagaimanapun, The Wall Street Journal melaporkan bahawa seorang pelanggan Citibank, institusi perbankan di bawah Citigroup mendapati wang simpanannya sebanyak AS$1 juta (RM3.5 juta) telah lesap dan akhirnya didapati disalurkan kepada bank di Latvia dan Ukraine.




LONDON: Syarikat penerbangan Scotland, Flyglobespan, diisytiharkan muflis, semalam, menyebabkan penerbangannya tergendala dan rancangan penumpang untuk menyambut musim cuti krismas bertukar menjadi kucar kacir, menurut pihak pentadbiran syarikat itu.

PricewaterhouseCoopers (PWC) berkata, pihaknya sudah melantik beberapa pentadbir selepas Globespan Group, pemilik Flyglobespan, gagal mendapatkan pelabur baru untuk syarikat penerbangan terbabit.

Pihak pentadbir berkata, hampir 800 kakitangan syarikat penerbangan berkenaan yang berpangkalan di Edinburgh, dengan jumlah kapal terbang mencecah 10 pesawat perlu melakukan tugas yang lebih.

"Pengarah membuat keputusan bahawa operasi perniagaan syarikat ini tidak boleh diteruskan lagi. Kami sedar penderitaan dialami penumpang susulan situasi ini, khususnya kepada mereka yang berada di luar negara. Ia juga turut membabitkan golongan yang suka mengembara dan sudah menempah tiket perjalanan mereka tahun ini atau 2010," kata pegawai PWC, Bruce Cartwright.

"Untuk tempoh beberapa hari ini, kami akan memberi tumpuan terhadap usaha memastikan pelanggan Globespan mendapat semua maklumat yang diperlukan bagi membolehkan mereka pulang atau menentukan langkah seterusnya, sama ada wang akan dipulangkan," katanya lagi.

Pihak pentadbir berkata, 5,000 penumpang sudah menempah perjalanan dengan Flyglobespan dalam tempoh beberapa hari ini, dan 4,000 daripadanya adalah pelanggan yang ketika ini berada di Sepanyol, Portugal, Cyprus dan Mesir. - AFP



AS akui tak tahu lokasi Osama

WASHINGTON - Pentadbiran Amerika Syarikat (AS) tidak mengetahui lokasi Osama Bin Laden selain tidak mendapat maklumat tepat berhubung lokasi sebenar persembunyian pemimpin Al-Qaeada berkenaan sejak bertahun-tahun lalu, kata Setiausaha Pertahanan AS, Robert Gates.

Gates membuat pendedahan itu semasa diwawancara dalam program berita This Week terbitan stesen televisyen ABC, beberapa hari selepas Presiden AS, Barack Obama mengumumkan akan menghantar 30,000 askar tambahan ke Afghanistan.

Ditanya sama ada pihak berkuasa Pakistan berusaha secukupnya bagi menangkap Osama, Gates menjawab: "Sebenarnya kami tidak tahu di mana Osama berada.

"Jika kami tahu, kami akan menangkapnya terlebih dahulu".

Mengulas kali terakhir pihak perisikan AS berjaya mengesan lokasi persembunyian Osama, Gates memberitahu: "Saya anggap ia berlaku beberapa tahun lalu".

Beliau tidak dapat mengesahkan laporan berhubung seorang tahanan di Pakistan yang mendakwa memiliki maklumat berhubung tempat persembunyian Osama pada awal tahun ini. - AFP

Osama dikehendaki oleh AS kerana dianggap menaja beberapa kejadian keganasan di dunia seperti serangan 11 September 2001. - Agensi



Taliban disyaki bedil lapangan terbang

HERAT: Militan Taliban disyaki membedil roket ke lapangan terbang terbesar di barat Afghanistan semalam, mengakibatkan gangguan sementara kepada penerbangan.

Polis tempatan berkata pemberontak membedil tiga roket di luar sebuah kawasan perkampungan di daerah Guzara, wilayah Herat, dan dua daripada roket berkenaan terhempas di landasan udara Herat.

"Pihak musuh membedil tiga roket di lapangan terbang tapi tiada kecederaan dilaporkan, ia hanya merosakkan landasan," kata jurucakap polis wilayah, Noor Khan Nikzad.

Lapangan terbang berkenaan adalah sebahagian daripada pangkalan tentera bagi Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa yang diketuai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (ISAF).

Selepas serangan itu, polis berkejar ke tapak pelancaran pihak militan yang menggunakan traktor sebagai pelancar mudah alih dan melarikan diri.

Herat, kurang sejam perjalanan dengan kereta dari sempadan dengan Iran, adalah bandar kedua paling ramai penduduk di Afghanistan.  AFP



 
 

Layan Facebook langgar etika doktor

LONDON - Doktor-doktor di London diberi amaran, supaya tidak memberi reaksi terhadap sebarang godaan yang diterima melalui laman web jaringan sosial, seperti Facebook.

Sebuah persatuan doktor berkata, komunikasi menerusi laman web seperti Facebook berisiko menyebabkan berlaku pelanggaran etika dalam kalangan doktor.

Amaran tersebut dikeluarkan selepas menerima beberapa kes pesakit berasmara dengan doktor menerusi maklumat yang diperoleh di Internet.

Menurut persatuan itu, doktor sepatutnya menolak daripada menulis sebarang komen yang boleh dikesan pesakit.

Panduan baru oleh Majlis Perubatan Umum (GMC) jelas menyatakan peraturan forum borak Internet mengenai kerahsiaan identiti seseorang doktor, katanya.

Pada tahun lalu, sekumpulan jururawat pergigian menerima teguran daripada pegawai perubatan kerana mewujudkan kumpulan jaringan sosial:






PARIS - Wartawan penyiaran Iraq, Muntazer al-Zaidi yang dihukum penjara kerana membaling kasut ke arah bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush, menjadi mangsa serangan serupa apabila dia pula yang dibaling kasut di sini.

Kejadian berlaku ketika dia berucap pada satu sidang akhbar kelmarin untuk mempromosikan kempen bagi membantu mangsa-mangsa perang di Iraq sebelum seorang lelaki yang mendakwa dirinya wartawan melempar kasut ke arah Muntazer.

Namun, rakaman televisyen menunjukkan kasut yang dibaling itu mengenai dinding berdekatan dengan kepala Muntazer dan sejurus kemudian kelihatan berlaku satu pergelutan.

"Dia mencuri teknik saya," ulas Muntazer.

Media Perancis berkata, pembaling kasut itu ialah seorang wartawan Iraq yang berada dalam buangan.

Kejadian berlaku apabila wartawan itu mendakwa Muntazer menyokong diktator Saddam Hussein.

Muntazer, 30, mula menjadi popular kerana pada 14 Disember 2008, dia menjerit ke arah Bush dengan menggelarnya sebagai anjing sebelum melemparkan kasut ke arahnya di Baghdad.

Dia melakukan perbuatan itu kerana tidak puas hati dengan serangan AS terhadap Iraq.

Dia dibebaskan pada September lalu selepas dihukum penjara selama setahun kerana didapati bersalah menyerang seorang pemimpin asing. - Agensi




Carian Twitter tertinggi

Posted by Info Kesihatan | 4:07 PM | | 0 comments »


Tahun ini masih belum berakhir namun Microsoft menyatakan Twitter sebagai carian tertinggi dalam enjin pencarian barunya, Bing dan sebuah syarikat yang memantau bahasa telah memilihnya sebagai perkataan paling popular tahun ini.
 
Microsoft dalam sebuah blog Ahad lalu menyatakan Michael Jackson, Twitter dan Swine Flu sebagai topik teratas dicari dalam Bing tahun ini.

Antara lain yang tersenarai dalam 10 carian tertinggi Bing adalah Stock Market, Farah Fawcett yang meninggal dunia Jun lalu, Patrick Swayze aktor yang menghembuskan nafas terakhir September lalu, dan Jaycee Dugard, gadis California yang diculik pada usia 11 tahun dan ditemui masih hidup 18 tahun kemudian.
Microsoft menyatakan yang ia telah menganalisis berbilion carian untuk menyiapkan senarai itu.

Global Language Monitor (GLM), syarikat berpangkalan di Texas yang memantau dan mengesan trend bahasa menyatakan Twitter adalah 'Perkataan Paling Popular 2009'.

"Dalam tahun yang didominasi acara politik, wabak, kesan tsunami kewangan dan kematian ikon pop yang mengejutkan dunia, perkataan Twitter mengatasi semua perkataan lain," kata Presiden GLM, Paul Payack.
Perkataan lain yang tersenarai adalah Obama, Stimulus, Vampire dan Deficit.

GLM menjelaskan, mereka menggunakan algoritma proprietary untuk menjejaki perkataan dan frasa dalam media serta Internet untuk menyediakan senarai tersebut.

Tambahnya, perkataan yang dikesan dengan melihat hubungannya kepada 'kekerapan, penggunaan konteks dan kemunculannya dalam media, mengikut faktor trend jangka panjang, perubahan jangka pendek, momentum dan kelajuan'. - AFP




Blair kena siasat

Posted by Info Kesihatan | 3:45 PM | | 0 comments »

Blair kena siasat

Britain kenal pasti kewajaran lancar perang Iraq

LONDON: Satu siasatan bebas terhadap peranan Britain dalam perang di Iraq memulakan perbicaraan semalam yang kemuncak menantikan keterangan bekas Perdana Menteri, Tony Blair.

Blair membuat keputusan menyokong Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush dengan menghantar 45,000 askar Britain ke Iraq meskipun tanpa kelulusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan ditentang kuat pembangkang di negaranya dan Eropah.

Pengulas berpendapat, langkah Blair dalam isu itu menyebabkan beliau tidak terpilih sebagai Presiden Majlis Kesatuan Eropah (EU) yang diberi kepada Perdana Menteri Belgium, Herman Van Rompuy.

Pemimpin tentera, diplomat, menteri dan pegawai kanan akan dipanggil di hadapan jawatankuasa lima ahli untuk menilai perang Iraq yang dianggap kontroversi.

Pengerusi jawatankuasa siasatan, bekas kakitangan awam, John Chilcot yakin menghasilkan proses membuat keputusan penuh yang membabitkan Britain terhadap konflik berkenaan.
"Penekanan kami bukan sekadar melakukan kerja menyeluruh tetapi sesuatu yang jujur dan akan diterima umum," katanya kepada Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

"Lima ahli jawatankuasa sekarang adalah benar-benar bebas, mengambil kira aspek perspektif berbeza dan pe ngalaman masing-masing," katanya.

John Scarlett, bekas ketua agensi risikan asing MI6 dan bekas duta ke Amerika Syarikat, Christopher Meyer dan wakil ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Jeremy Greenstock adalah antara yang terawal memberi keterangan.

Scarlett adalah bekas pengerusi jawatankuasa risikan utama Britain ketika kerajaan Blair mengeluarkan laporan Iraq mempunyai senjata pemusnah besar (WMD) yang membawa kepada serangan pada Mac 2003.

Senjata terbabit, bagaimanapun, tidak pernah ditemui. Kenapa menteri memikirkan kewujudan senjata itu dan di mana mereka mendapat bukti akan diteliti oleh jawatankuasa.

Bekas Setiausaha Agung PBB, Kofi Annan dan bekas penyiasat senjata badan dunia itu, Hans Blix juga dilaporkan tersenarai sebagai saksi.

Siasatan itu membabitkan isu Iraq dari Julai 2001 hingga Julai 2009. - AFP





PHNOM PENH – Sebuah kereta yang dibina oleh pereka Kemboja, Nhean Phaloek menarik perhatian orang ramai selepas dia mendakwa kenderaan itu dapat dikawal hanya dengan menggunakan minda.

“Saya memetik jari dan pintu kereta itu akan terbuka atau cuma membayang pintu terbuka dan ia akan terus terbuka,” kata Phaloek, 51, ketika memperkenalkan kereta rekaanya dinamakan Angkor 333-2010.

Orang ramai terpegun ketika Phaloek melakukan demonstrasi namun dia enggan mendedahkan sistem kawalan jauh yang melakukan fungsi tersebut.

Selain Phaloek, seorang bekas guru matematik, Kong Pharith turut menarik perhatian orang ramai selepas membina sebuah kereta tribrid yang beroperasi dengan menggunakan tenaga solar, elektrik dan petrol.

Pereka tersebut yang mula mendapat perhatian pada tahun 2005 apabila dia membina sebuah basikal berkuasa solar percaya bahawa industri pembuatan kenderaan akan berkembang di Kemboja tidak lama lagi.

“Hasil inovasi kami menjadi motivasi kepada generasi seterusnya untuk menghasilkan ciptaan-ciptaan baru sekali gus membuktikan kepada dunia bahawa anak Kemboja mampu melakukan apa yang anda fikir kami tidak mampu,” katanya.

Terdahulu, beberapa pegawai kerajaan negara itu mengumumkan bahawa syarikat Korea Selatan, Hyundai akan membuka sebuah kilang pemasangan kereta di barat laut Kemboja yang berkapasiti memasang 3,000 kenderaan setahun. – AFP





Kerajaan Selangor Tidak Akan Bayar Ganti Rugi Kenaikan Tarif Air Kepada Syabas

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata kerajaan negeri tidak akan membayar ganti rugi kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) berikutan kenaikan tarif air oleh syarikat konsesi itu.

“Kerajaan Negeri ingin menekankan bahawa walaupun terma tersebut termaktub dalam perjanjian konsesi antara kerajaan Selangor dan anak syarikat Puncak Niaga iaitu Syabas, terma ini hanya terpakai jika ada persetujuan daripada kerajaan negeri.

“Saya ingin menjelaskan bahawa kerajaan negeri tidak pernah mempersetujui kenaikan tarif air oleh Syabas dan kami juga tidak akan membayar ganti rugi atas keputusan tidak membenarkan kenaikan tarif air itu,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini pada Rabu.

Menurut Khalid, dalam mesyuarat Lembaga Pengarah Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), kerajaan negeri amat konsisten dalam menentukan bahawa Syabas perlu mendapat persetujuan daripada kerajaan negeri dalam menentukan tarif air.

“Oleh kerana tiada persetujuan dalam hal ini. Maka isu ganti rugi tidak timbul.

"Kerajaan negeri berpendapat kenyataan oleh Puncak Niaga semalam adalah ‘overstatement of profit’ dan syarikat perlu bertanggungjawab kepada pemegang sahamnya dalam isu ini,” katanya.

Jelasya, kerajaan negeri juga tidak akan bertanggungjawab terhadap laporan yang dikeluarkan oleh Puncak Niaga mengenai keuntungan tersebut.

“Kerajaan negeri ketika ini dalam proses perundingan dengan kerajaan Persekutuan dan syarikat konsesi air di Selangor.

"Kita berharap akan dapat menemui jalan penyelesaian agar ia dapat memberi manfaat kepada rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya atas nilai wang yang terbaik,” katanya.

Semalam, Syarikat Pengurusan Air Puncak Niaga Berhad telah mengumumkan bahawa keuntungan bersihnya meningkat sebanyak 275 peratus atau RM46.7 juta pada suku akhir 30 September berikutan peningkatan pendapatan dan gantirugi kenaikan kadar air oleh kerajaan Negeri Selangor.

Insurans kereta lama tidak dihapuskan

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak bercadang menidakkan perlindungan insurans bagi kereta lama serta kenderaan berharga bawah RM10,000, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan juga tidak bercadang untuk menghapuskan keperluan perlindungan pihak ketiga yang merupakan keperluan wajib di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, kesukaran orang ramai untuk mendapatkan perlindungan insurans pihak ketiga adalah ekoran kerugian yang dialami oleh penanggung insurans akibat kos tuntutan yang sangat tinggi bagi perlindungan pihak ketiga yang tidak setimpal dengan premium yang dikenakan.

"Sungguhpun penanggung insurans semakin berhati-hati menawarkan perlindungan insurans motor pihak ketiga secara individu, orang ramai boleh mendapatkan perlindungan berkenaan melalui Malaysian Motor Insurance Pool (MMIP) yang merupakan suatu pakatan industri di mana penanggung insurans berkongsi premium dan tuntutan secara sama rata," katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Siti Zailah Mohd. Yusoff (Pas-Rantau Panjang) di Dewan Rakyat yang menanyakan adakah menjadi polisi kerajaan untuk menidakkan perlindungan insurans kereta lama berusia 10 tahun dan ke atas serta kenderaan berharga RM10,000 ke bawah.


Caj kad kredit tambahan dilarang

KUALA LUMPUR - Para peniaga pada prinsipnya dilarang daripada mengenakan caj tambahan kad kredit atau surcaj kepada pelanggan yang membeli barangan menggunakan kad kredit.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah berkata, larangan ke atas pengenaan caj tambahan itu adalah selaras dengan peraturan syarikat penjenama kad seperti MasterCard Worldwide dan Visa International serta dalam syarat perjanjian di antara peniaga dan institusi pemeroleh peniaga.

"Pemegang kad sebenarnya berhak memaklumkan kepada institusi pemeroleh peniaga atau pengeluar kad kredit yang berkenaan mengenai pengenaan caj tambahan dengan mengemukakan bukti.

"Contohnya resit bayaran yang menyatakan jumlah caj tambahan itu supaya dapat disiasat dan tindakan sewajarnya boleh diambil oleh institusi pemeroleh peniaga ke atas peniaga berkenaan. Pemegang kad juga mempunyai pilihan untuk tidak membeli barangan daripada peniaga yang mengenakan caj tambahan," katanya ketika menjawab soalan Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) pada persidangan Dewan Rakyat di sini semalam.

Abdul Rahman ingin tahu mengapa peniaga dibenarkan mengenakan caj tambahan sebanyak dua peratus kepada pembeli yang menggunakan kad kredit dan menyifatkan tindakan itu sebagai 'rompakan siang hari.


Hamas tak takut roket Yahudi

BANDARAYA GAZA: Israel melancar tiga serangan udara terhadap Gaza semalam mencederakan lapan orang, satu daripadanya parah, ketika Hamas mengumumkan akan menghentikan serangan roket.

Lima daripada mangsa cedera, termasuk yang parah ketika serangan ke atas terowong bawah tanah di pekan sempadan Rafah.

Tiga lagi cedera dalam serangan udara ke atas dua bengkel, di tengah dan utara Gaza. 

Jurucakap tentera Israel berkata serangan udaranya adalah sebagai tindak balas ke atas pelancaran roket oleh kumpulan kecil yang didakwa berkaitan al-Qaeda di Gaza kelmarin yang tidak mengakibatkan apa-apa kerosakan atau mencederakan sesiapa di selatan Israel.

Serangan udara terbaru menandakan keganasan terbaru ke atas wilayah Gaza yang agak tenang selepas Tel Aviv melancarkan keganasan selama hampir sebulan terhadap wilayah Palestin itu pada 27 Disember lalu.

Sementara itu, Hamas berkata kumpulan bersenjatanya di Gaza mencapai persetujuan menghentikan bedilan roket ke Israel, tetapi berkata mereka akan bertindak balas kepada sebarang serangan Zionis.

“Persetujuan antara (Ezzedine) Al-Qassam (Briged) dan puak lain untuk menghentikan bedilan roket bukan menandakan kami lemah,” kata kumpulan berkenaan dalam satu kenyataan. - AFP 




Bekas perokok menang saman RM1b


Philip Morris anggap ganti rugi melampau

LOS ANGELES: Mahkamah di Florida mengarahkan syarikat rokok, Philip Morris USA membayar ganti rugi AS$300 juta (RM1 bilion) kepada seorang bekas perokok yang kini terpaksa bergerak dengan kerusi roda kerana paru-parunya rosak.

Juri di Mahkamah Daerah Broward kelmarin menilaikan perbelanjaan perubatan lampau dan masa depan ditanggung Cindy Naugle, sebanyak AS$56.6 juta (RM198 juta) perlu dibayar syarikat rokok itu.

Selain itu, Philip Morris juga diarah membayar ganti rugi punitif AS$244 juta (RM854 juta).

Keputusan yang dibuat itu merupakan ganti rugi paling besar pernah diarahkan mahkamah dalam kes membabitkan bekas perokok menyaman syarikat rokok.

Philip Morris akan membuat rayuan terhadap keputusan itu berikutan mereka berpendapat hakim "membuat beberapa kesilapan," kata jurucakapnya, Murray Garnick dalam satu kenyataan.
"Kami percaya ganti rugi punitif yang dikenakan terlalu tinggi dan melanggar perlembagaan dan undang-undang negeri," kata Garnick.

Naugle, 61, mula merokok pada 1968 ketika berusia 20 tahun kerana berpendapat ia membuat beliau kelihatan lebih matang sebelum menghentikan tabiat buruk itu pada 1993.

Naugle memberitahu juri bahawa beliau tidak mungkin menghisap rokok jika syarikat tembakau mendedahkan apa yang mereka ketahui iaitu rokok mengandungi nikotin, sejenis dadah yang menyebabkan ketagihan.

Kes Naugle itu adalah di antara 8,000 kes difailkan terhadap syarikat rokok selepas Mahkamah Agung Florida pada 2006 memutuskan perokok boleh menyaman syarikat rokok. - Reuters




Soal siasat waktu pejabat

Posted by Info Kesihatan | 3:07 PM | | 0 comments »

Soal siasat waktu pejabat

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh lagi menyoal siasat saksi hingga ke malam berikutan keputusan Mahkamah Tinggi di sini semalam yang hanya membenarkan soal siasat dilakukan pada waktu pejabat iaitu dari pukul 8.30 pagi hingga 5 petang.

Dalam penghakimannya, Hakim Mohd. Ariff Md. Yusof memutuskan bahawa Seksyen 30(3)(a) Akta SPRM 2009 tidak memberi kuasa kepada suruhanjaya itu untuk menjalankan penyiasatan terhadap seseorang saksi sepanjang hari dan malam.

"Frasa 'hari ke hari' dalam seksyen berkenaan bukan bermaksud 24 jam, tetapi waktu bekerja biasa," kata Mohd. Ariff dalam keputusan bersejarah itu yang disampaikan pada pukul 2.50 petang.

Taliban lancar banyak perang

MIRANSHAH - Kumpulan Taliban semalam menyelar dakwaan kejayaan Pakistan dalam operasi menghapuskan pergerakan itu dan berikrar untuk melancarkan lebih banyak perang gerila bagi mengusir askar pemerintah dari kawasan sempadan Afghanistan.

"Kami tidak kalah tetapi secara sukarela berundur dari kawasan pergunungan kerana itu merupakan strategi untuk memerangkap tentera Pakistan," kata jurucakap Taliban, Azam Tariq kepada pemberita.
Tentera Pakistan sebelum ini menyatakan kubu kuat Taliban di Waziristan Selatan kini hampir ditawan sepenuhnya berikutan serangan bertalu-talu sejak lima minggu lalu.

Sebelum ini pihak tentera memberitahu pemberita bahawa askar-askar melakukan serangan darat dan udara besar-besaran selama lima minggu.

Dalam serangan itu, beberapa pekan yang pernah berada dalam kawalan Taliban berjaya diperoleh semula di Waziristan Selatan yang merupakan kubu kuat pasukan gerila.

Pemberita-pemberita dari Waziristan Utara dibawa ke sempadan Waziristan Selatan dengan mata mereka ditutup dan dipindahkan ke sebuah kenderaan.

Menurut seorang pemberita AFP, mereka bertemu dengan jurucakap Taliban itu yang duduk di sebuah kawasan lapang semasa ditemu ramah. - AFP

Cara terbaik kurang makan

Posted by Info Kesihatan | 3:58 PM | | 0 comments »

Cara terbaik kurang makan

 SYDNEY: Bersenam di bawah sinaran matahari berbanding dalam gimnasium mampu membantu mengurangkan selera makan, menurut kajian terbaru di sini.

Kajian terhadap 11 lelaki aktif mendapati peserta akan kurang makan sebaik saja selepas melakukan aktiviti dalam keadaan panas 36 darjah Celsius berbanding ketika berada dalam persekitaran suhu 25 darjah Celsius.

Secara purata, lelaki makan lebih 300 kalori apabila mereka bekerja dalam keadaan suhu sederhana berbanding ketika melakukan senaman dalam keadaan panas. 

“Penemuan kami mendapati bahawa jika anda bersenam dalam keadaan persekitaran panas, anda akan kurang makan,” kata penyelidik Dr Kym Guelfi dari Sekolah Sains Sukan Universiti Western, Australia. - Reuters 


Bayar hutang atau dapat malu dalam Facebook


Ceti haram atau ah long kini sudah pandai mengugut peminjam yang tidak membayar hutang dengan cara memalukan mereka menerusi tindakan memasukkan gambar mangsa di dalam laman web sosial terkemuka Facebook.

Bersama gambar itu, mereka akan memaparkan maklumat peribadi mangsa dan jumlah hutang yang belum dibayar.

Mereka percaya ugutan melalui Facebook lebih berkesan memandangkan ia kini laman web sosial paling popular dengan anggaran 2.6 juta pengguna di Malaysia atau 300 juta di seluruh dunia.

Lagi insiden amuk di Amerika


PORTLAND 11 Nov. – Seorang lelaki melepaskan tembakan rambang di sebuah makmal di Oregon semalam, menyebabkan seorang pekerja wanita terkorban sebelum penyerang itu membunuh diri dalam insiden amuk bersenjata ketiga di Amerika Syarikat (AS) dalam masa tidak sampai seminggu.

Polis di pinggir bandar Tualantin, Portland mengesahkan bahawa suspek penembak adalah salah seorang daripada yang terbunuh dalam insiden yang berlaku pada kira-kira pukul 12 tengah hari (pukul 3 pagi tadi waktu Malaysia).

Jurucakap polis, Jessica Massey berkata, seorang wanita yang masih belum dikenal pasti mati di tempat kejadian di Makmal Perubatan Legacy, manakala penembak itu juga maut selepas ‘mendapat luka parah akibat menembak diri sendiri’.

Obama jadi 'ketua tukang dukun' 


WASHINGTON - Buat pertama kali sejak menduduki White House, Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama melakukan tugas sebagai 'ketua dukun' yang boleh membantu membentuk persepsi baik terhadap kepimpinannya semasa tragedi nasional berlaku.

Obama dijadual berada di Fort Hood, Texas yang menjadi medan tembakan rambang terburuk dalam kemudahan tentera Amerika Syarikat (AS).

Seramai 13 orang mati manakala 29 lagi cedera setelah pakar psikiatri tentera AS, Mejar Dr. Nidal Malik Hasan (gambar) melepaskan tembakan rambang pada Khamis lalu.

Pakistan pertingkat kawalan elak serangan bom

ISLAMABAD: Bandar ini diletakkan pada tahap keselamatan tertinggi sejak kelmarin selepas pihak berkuasa menerima maklumat perisikan mengenai adanya ancaman terhadap ibu negara Pakistan itu selepas keganasan terbaru di Peshawar mengorbankan sekurang-kurangnya 12 orang.

Timbalan Ketua Polis (Operasi) Islamabad, Bani Amin, berkata pihak berkuasa menerima laporan mengenai ancaman serius, kelmarin bahawa pengganas mungkin melancarkan serangan di Islamabad menggunakan trak pikap.

Bani Amin memberitahu media, polis mengesyaki kenderaan itu bakal digunakan selepas kejadian cubaan serangan bunuh diri berjaya dipatahkan, semalam.

OIC: Dunia Islam perhati gelagat AS

ISTANBUL 8 Nov. - Setiausaha Agung Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Ekmeleddin Ihsanoglu berkata, dunia Islam sedang memerhatikan tindak-tanduk Amerika Syarikat (AS) untuk memajukan proses damai Palestin-Israel, yang tergendala dan menyelesaikan isu penempatan haram Yahudi yang menjadi halangan utama kepada proses damai.

Rasa tidak puas hati Arab dengan kenyataan Washington yang dilihat memihak kepada Israel, baru-baru ini memuncak minggu ini apabila Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berkata, beliau tidak mahu bertanding dalam pilihan raya Presiden akan datang, kerana kecewa dengan Presiden AS, Barack Obama.

Kekecewaan itu berpunca daripada pentadbiran Obama menarik balik tuntutannya supaya Israel 'membekukan' kegiatan pembinaan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat, sebaliknya menyokong pandangan rejim Zionis itu bahawa peluasan penempatan haram Yahudi tidak patut menjadi halangan kepada pemulihan rundingan damai.

Pemandu van keselamatan larikan RM55 juta wang kertas baru

PIHAK berkuasa Perancis kelmarin melancarkan gerakan mencari seorang pemandu van keselamatan setelah dia tiba-tiba lesap bersama wang tunai siri baru berjumlah 11 juta euro (RM55.7 juta).

Pendakwa raya wilayah Lyon, Xavier Richard berkata, suspek yang dikenali sebagai Tony Musulin, 39, dipercayai merancang jenayah itu terlebih dahulu serta bergerak berseorangan.

PBB pindah 600 kakitangan di Afghanistan

KABUL 5 Nov. - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan memindahkan kira-kira 600 kakitangan asingnya di Afghanistan berikutan serangan maut Taliban ke atas sebuah rumah penginapan pekerja PBB, baru-baru ini.

Pemindahan sementara itu akan melibatkan kira-kira 600 daripada 1,100 kakitangan asing PBB di Afghanistan, kata jurucakap PBB, Dan McNorton, hari ini.

"Baki yang tinggal itu dianggap sebagai kakitangan yang benar-benar perlu. Langkah ini bagi memastikan keselamatan semua kakitangan kami di Afghanistan," kata beliau.

Hampir kesemua 600 kakitangan itu akan meninggalkan negara ini, tetapi sebilangan kecil daripada mereka mungkin dipindahkan ke lokasi lebih selamat di Afghanistan.

Sumer - AFP

Kerajaan Kelantan sedang mengkaji kemungkinan membatalkan perjanjian menyerahkan hak cari gali kepada Petronas jika royalti petroleum tidak diberikan, kata exco ekonomi dan kewangannya.

Mengulas kenyataan perdana menteri untuk menyerahkan wang ehsan kepada Kelantan, Datuk Husam Musa berkata isu membatalkan perjanjian itu akan dikaji oleh panel peguam yang dilantik kerajaan negeri.

Keputusan tersebut dicapai dalam mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini sebagai reaksi segera Kelantan terhadap pengumuman Datuk Seri Najib Razak di Parlimen pagi ini.

Sumber - Malaysiakini

Taliban gelar Karzai 'presiden boneka'
KABUL: Pergerakan Taliban semalam memperlekeh Presiden Afghanistan, Hamid Karzai dengan menggelar beliau sebagai 'presiden boneka' selepas dilantik bagi tempoh lima tahun lagi dan menuduh kuasa Barat sengaja membuat keputusan membatalkan pilihan raya pusingan kedua.

"Pembatalan pusingan kedua pilihan raya menunjukkan keputusan bagi masa depan Afghanistan dibuat oleh Washington dan London, manakala pengumumannya dibuat di Kabul.

"Apa yang mengejutkan ialah, dua minggu lalu mereka mendakwa presiden boneka Hamid Karzai terbabit dalam penipuan pilihan raya dan sekarang apabila beliau dipilih sebagai presiden berdasarkan undi tipu, Washington dan London serta-merta mengucapkan tahniah," kata pergerakan itu dalam satu kenyataan.

8 tuduhan rasuah, Abdul Rahman mengaku tidak bersalah

KUALA LUMPUR, 3 Nov:Ahli Parlimen Sabak Bernam, Abdul Rahman Bakri dihadapkan dengan lapan pertuduhan memalsukan tuntutan berjumlah RM80,000 bagi projek yang tidak wujud.

Abdul Rahman mengaku tidak bersalah ke atas lapan pertuduhan rasuah kerana mengemukakan invois mengandungi butiran palsu bagi melaksanakan satu program yang tidak diadakan ketika beliau menjadi ADUN.

Beliau sebelum ini merupakan ADUN Ayer Tawar sebelum menang kerusi Parlimen Sabak Bernam dalam pilihan raya yang lalu.

Hakim Syafeera Mohd Said menetapkan 14 Disember ini sebagai tarikh perbicaraan.

SPRM akan dakwa MP dan bekas pegawai MB Selangor esok

SHAH ALAM, 2 Nov:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor telah menangkap lima orang hari ini termasuk bekas Pegawai Menteri Besar Selangor serta seorang anggota Parlimen Barisan Nasional dan akan didakwa esok.

Bekas pegawai MB itu ditangkap kerana disyaki menipu dan memperdayakan seorang presiden sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Negeri Selangor bagi tujuan pembiayaan sebuah majlis anjuran Kerajaan Negeri berkenaan.

Nilai yang terlibat adalah sebanyak RM50,000.00, kata satu kenyataan SPRM hari ini.

Menurut kenyataan itu, beliau akan dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada pagi 3 November 2009 (esok).- Sumber Harakahdaily

Pakistan terus diserang

Posted by Info Kesihatan | 4:49 PM | | 0 comments »

Pakistan terus diserang

RAWALPINDI - Seorang pengebom berani mati disyaki anggota Taliban meletupkan dirinya di sini menyebabkan lebih 24 orang terbunuh ketika kerajaan Pakistan menawarkan ganjaran bagi penangkapan ketua kumpulan berkenaan, kata beberapa pegawai.

Taliban kini menjadikan kawasan bandar di Pakistan sebagai sasaran utama selepas kubu-kubu kuat mereka di sempadan Afghanistan jatuh ke tangan kerajaan dalam siri operasi besar-besaran pihak tentera.