Custom Search

Jenazah masih wangi, elok
Mayat guru al-Quran dikebumi pada 2006 masih sempurna

Segamat: Jenazah seorang guru agama yang dikebumikan kira-kira tujuh tahun lalu ditemui dalam keadaan sempurna dan berbau wangi ketika kerja menggali tanah perkuburan di Kampung Batu Badak, di sini.

Jenazah Allahyarham Maheran Jaaffar, yang meninggal pada 2006 adalah antara 350 kubur yang digali semula untuk dipindahkan bagi memberi laluan kepada projek melebar Jalan Segamat-Ledang. 


Selain itu, dua jenazah lagi turut ditemui dalam keadaan sempurna dan berbau wangi walaupun dikebumikan sejak berdekad lalu. 


Anak sulung Maheran, Hamisah Kassim, 67, berkata beliau terkejut dan hiba apabila dimaklumkan jenazah ibunya dalam keadaan wangi dan masih sempurna, termasuk kain kapan yang masih utuh.

Pemindahan kubur

“Kubur emak adalah yang pertama digali untuk dipindahkan ke Tanah Perkuburan Wakaf di Kampung Tasek. Saya terharu diberitahu jenazah ibu masih elok dan wangi.

“Mungkin itu balasan yang diterima ibu kerana ketika hayatnya arwah mengajar kanak-kanak mengaji al-Quran. Seingat saya, arwah sentiasa mengamalkan amalan berselawat, berzikir dan sering bersedekah,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. 
Hamisah berkata, arwah ibunya juga seorang yang bertanggungjawab menjaga empat lagi adik-beradiknya dan seorang yang pendiam.

Sementara itu, Penyelia Tanah Perkuburan Jabatan Agama Johor (JAJ), Jamaluddin Sapuan, berkata semua jenazah yang digali semula itu dikapankan dan dikebumikan semula di Tanah Wakaf Kampung Tasek.

“Seramai 15 penggali kubur di bawah JAJ memulakan kerja menggali sambil dilihat beberapa jabatan kerajaan, waris dan penduduk setempat.

“Penemuan jenazah yang masih sempurna dan berbau wangi tanda kekuasaan Allah SWT dan balasan yang baik kepada mereka yang melakukan suruhan Allah,” katanya.



KUALA LUMPUR – Projek perumahan terbengkalai merupakan antara punca ramai penduduk di Malaysia diisytiharkan muflis sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan (gambar kecil) berkata, setiap tahun semakin ramai rakyat di negara ini terdedah dengan risiko muflis ketika berusia 22 hingga 48 tahun.
Katanya, kegagalan pemaju menyiapkan projek perumahan menjadi punca pembeli dibebani dengan hutang dan pinjaman yang akhirnya menyebabkan mereka berdepan tindakan mahkamah.
“Jumlah individu yang muflis akibat rumah terbengkalai cukup membimbangkan iaitu seramai 200,000 orang di bawah projek perumahan pemaju tidak berlesen.
“Bagi pemaju berlesen pula seramai 150,000 orang diisytiharkan muflis. Kedua-dua jumlah itu adalah yang direkodkan sejak tahun 1990,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
Nadzim memberitahu, nasib yang dialami pembeli rumah terbengkalai dilihat tidak adil apabila pihak bank tidak mendesak pemaju untuk melangsaikan hutang akibat projek yang tidak siap.
“Pihak bank memang tidak akan mencari pemaju sebaliknya pembeli yang perlu berhadapan dengan risiko pembelian rumah terbengkalai,” jelasnya.
Sehubungan itu, Nadzim meminta institusi perbankan supaya bersifat berperikemanusiaan dan membuat pertimbangan sewajarnya sebelum mengambil tindakan muflis ke atas mana-mana individu yang berhutang.
Beliau turut mencadangkan sistem Perbankan Islam di seluruh negara diperbaiki supaya dapat memberi manfaat kepada rakyat terutamanya dalam hal tanggungan hutang akibat rumah yang dibeli tidak dapat disiapkan.

London: Satu siasatan dilancarkan semalam selepas pakar bedah di sebuah hospital yang dikecam mengalihkan bahagian salah paru-paru pesakit.
Pembedahan tidak senonoh itu dijalankan di Hospital Basildon di Essex menyaksikan pakar bedah mengalihkan bahagian bawah paru-paru pesakit wanita walaupun mereka sebenarnya perlu memindahkan bahagian atas paru-parunya.
Kesilapan besar itu dikenali sebagai “pembedahan bahagian yang salah” dirujuk sebagai kesalahan dalam nota perubatan pesakit terbabit.

Pesakit wanita berkenaan bagaimanapun terselamat dalam prosedur Disember lalu itu, tetapi siasatan dilancarkan bagi mengetahui bagaimana kesilapan sebesar itu boleh berlaku.

Sumber hospital yang enggan dikenali berkata: “Kelihatannya nota perubatan pesakit dari Hospital Broomfield itu diisi secara salah dan menunjukkan bahagian salah pada paru-paru yang dibedah.

“Hospital Broomfield berkata, itu bahagian yang salah. Kelihatannya kesilapan itu dilakukan di Broomfield, tetapi siasatan akan menentukan sama ada ia dilakukan di Basildon.” Pengarah Perubatan di Basildon dan Hospital Besar Thurrock, Dr Steve Morgan berkata: “Pada Disember lalu terdapat insiden pembedahan bahagian yang salah. Kajian sedang dibuat terhadap insiden serius itu.

“Tiada siapa digantung dan situasi insiden itu agak rumit.” Jurucakap Hospital Broomfield di Chelmsford, Essex, berkata: “Hospital Basildon menyedari insiden itu dan seiring dengan polisi keselamatan dalaman dan pemerintahannya, siasatan penuh akan dilakukan.

“Ia akan mengkaji prosedur klinikal dalaman selepas siasatan itu.” - Daily Mail

DAMSYIK: Kumpulan pemberontak berjaya menawan pangkalan udara Taftanaz di utara Syria, hari ini, di mana ia adalah perkembangan memberangsangkan ketika perbincangan antara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, pegawai dari Amerika Syarikat dan Russia menemui jalan buntu.

"Pertempuran di lapangan terbang milik tentera Syria di Taftanaz berakhir pada jam 11 malam (waktu tempatan) dan pangkalan itu kini jatuh ke tangan pemberontak," kata Pengarah Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia, Rami Abdel Rahman.

Bagaimanapun, sejurus kemudian, pangkalan itu diserang pesawat tempur Syria di mana bom dilepaskan sebagai usaha memusnahkan pangkalan berkenaan.