Custom Search


PARACHINAR: Seorang pegawai kerajaan dan lima anggota keluarganya terbunuh dalam letupan di rumahnya di Kurram, barat laut Pakistan semalam.

Polis berkata kejadian itu adalah sebagai membalas tindakan tentera yang mensasarkan Taliban di kawasan berkenaan.

Pihak tentera memperhebatkan serangan di Kurram selepas ramai anggota militan melarikan diri berikutan serangan di Waziristan Selatan pertengahan Oktober lalu. Kedua-dua kawasan adalah kawasan puak di kawasan sempadan Afghanistan.

Serangan kelmarin mensasarkan rumah Sarbraz Saddiqi, seorang pegawai kerajaan di Kurram, kata pegawai polis, Naeemullah Khan. Polis masih menyiasat sama ada bom berkenaan diletupkan oleh alat kawalan jauh atau jangka waktu, katanya.

Kebanyakan militan Taliban dipercayai melarikan diri ke Waziristan Utara, sebuah kawasan puak Pakistan dikuasai kumpulan jihad. - AP 






0 comments