Custom Search

Carian Twitter tertinggi

Posted by Info Kesihatan | 4:07 PM | | 0 comments »


Tahun ini masih belum berakhir namun Microsoft menyatakan Twitter sebagai carian tertinggi dalam enjin pencarian barunya, Bing dan sebuah syarikat yang memantau bahasa telah memilihnya sebagai perkataan paling popular tahun ini.
 
Microsoft dalam sebuah blog Ahad lalu menyatakan Michael Jackson, Twitter dan Swine Flu sebagai topik teratas dicari dalam Bing tahun ini.

Antara lain yang tersenarai dalam 10 carian tertinggi Bing adalah Stock Market, Farah Fawcett yang meninggal dunia Jun lalu, Patrick Swayze aktor yang menghembuskan nafas terakhir September lalu, dan Jaycee Dugard, gadis California yang diculik pada usia 11 tahun dan ditemui masih hidup 18 tahun kemudian.
Microsoft menyatakan yang ia telah menganalisis berbilion carian untuk menyiapkan senarai itu.

Global Language Monitor (GLM), syarikat berpangkalan di Texas yang memantau dan mengesan trend bahasa menyatakan Twitter adalah 'Perkataan Paling Popular 2009'.

"Dalam tahun yang didominasi acara politik, wabak, kesan tsunami kewangan dan kematian ikon pop yang mengejutkan dunia, perkataan Twitter mengatasi semua perkataan lain," kata Presiden GLM, Paul Payack.
Perkataan lain yang tersenarai adalah Obama, Stimulus, Vampire dan Deficit.

GLM menjelaskan, mereka menggunakan algoritma proprietary untuk menjejaki perkataan dan frasa dalam media serta Internet untuk menyediakan senarai tersebut.

Tambahnya, perkataan yang dikesan dengan melihat hubungannya kepada 'kekerapan, penggunaan konteks dan kemunculannya dalam media, mengikut faktor trend jangka panjang, perubahan jangka pendek, momentum dan kelajuan'. - AFP




0 comments