Custom Search

Hamas tak takut roket Yahudi

BANDARAYA GAZA: Israel melancar tiga serangan udara terhadap Gaza semalam mencederakan lapan orang, satu daripadanya parah, ketika Hamas mengumumkan akan menghentikan serangan roket.

Lima daripada mangsa cedera, termasuk yang parah ketika serangan ke atas terowong bawah tanah di pekan sempadan Rafah.

Tiga lagi cedera dalam serangan udara ke atas dua bengkel, di tengah dan utara Gaza. 

Jurucakap tentera Israel berkata serangan udaranya adalah sebagai tindak balas ke atas pelancaran roket oleh kumpulan kecil yang didakwa berkaitan al-Qaeda di Gaza kelmarin yang tidak mengakibatkan apa-apa kerosakan atau mencederakan sesiapa di selatan Israel.

Serangan udara terbaru menandakan keganasan terbaru ke atas wilayah Gaza yang agak tenang selepas Tel Aviv melancarkan keganasan selama hampir sebulan terhadap wilayah Palestin itu pada 27 Disember lalu.

Sementara itu, Hamas berkata kumpulan bersenjatanya di Gaza mencapai persetujuan menghentikan bedilan roket ke Israel, tetapi berkata mereka akan bertindak balas kepada sebarang serangan Zionis.

“Persetujuan antara (Ezzedine) Al-Qassam (Briged) dan puak lain untuk menghentikan bedilan roket bukan menandakan kami lemah,” kata kumpulan berkenaan dalam satu kenyataan. - AFP 




0 comments