Custom Search

OIC: Dunia Islam perhati gelagat AS

ISTANBUL 8 Nov. - Setiausaha Agung Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Ekmeleddin Ihsanoglu berkata, dunia Islam sedang memerhatikan tindak-tanduk Amerika Syarikat (AS) untuk memajukan proses damai Palestin-Israel, yang tergendala dan menyelesaikan isu penempatan haram Yahudi yang menjadi halangan utama kepada proses damai.

Rasa tidak puas hati Arab dengan kenyataan Washington yang dilihat memihak kepada Israel, baru-baru ini memuncak minggu ini apabila Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berkata, beliau tidak mahu bertanding dalam pilihan raya Presiden akan datang, kerana kecewa dengan Presiden AS, Barack Obama.

Kekecewaan itu berpunca daripada pentadbiran Obama menarik balik tuntutannya supaya Israel 'membekukan' kegiatan pembinaan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat, sebaliknya menyokong pandangan rejim Zionis itu bahawa peluasan penempatan haram Yahudi tidak patut menjadi halangan kepada pemulihan rundingan damai.

0 comments