Pesawat pejuang Israel jadi sasaran tentera Lebanon
Posted by Info Kesihatan | 4:32 PM | Pesawat pejuang Israel jadi sasaran tentera Lebanon | 0 comments »25 maut, 60 cedera ketika hari Asyura
Posted by Info Kesihatan | 6:07 PM | 25 maut, 60 cedera ketika hari Asyura | 0 comments »KARACHI: Sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh dan lebih 60 cedera, apabila seorang penyerang bunuh diri meletupkan bom, ketika penduduk Islam Syiah memulakan upacara memperingati hari Asyura di bandar raya terbesar di Pakistan ini semalam.
Menteri Dalam Negeri, Rehman Malik, berkata serangan dilakukan penyerang bunuh diri yang meletupkan bom pada permulaan upacara itu.
“Setakat ini, 20 kematian sudah dilaporkan di Hospital Civil. Kira-kira 60 orang lagi cedera, kebanyakannya parah,” kata Menteri Kesihatan Wilayah, Sagheer Ahmad yang menambah angka kematian dijangka meningkat.
Pegawai polis, Raja Umer Khatab, berkata keganasan berlaku selepas pengeboman itu, apabila penganut Syiah yang marah melepaskan tembakan ke udara. Sebilangan yang lain turut melempar batu ke arah polis dan pasukan paramilitari.
Datuk Bandar Karachi, Mustafa Kamal menggesa semua penduduk agar bertenang.
“Saya merayu kepada semua orang, saudara mara dan sesiapa saja agar bertenang. Saya dimaklumkan berlaku pertempuran dengan polis dan doktor. Tolong jangan lakukan kerana inilah matlamat pengganas. Mereka mahu melihat bandar raya ini musnah,” katanya.
Kawalan keselamatan di seluruh Pakistan dipertingkatkan pada hari Asyura yang juga antara hari paling suci bagi penganut Syiah bagi memperingati kematian cucu Nabi Muhammad, Saidina Hussein.
Enam terbunuh letupan di Pakistan
Posted by Info Kesihatan | 5:41 PM | Enam terbunuh letupan di Pakistan | 0 comments »Polis berkata kejadian itu adalah sebagai membalas tindakan tentera yang mensasarkan Taliban di kawasan berkenaan.
Pihak tentera memperhebatkan serangan di Kurram selepas ramai anggota militan melarikan diri berikutan serangan di Waziristan Selatan pertengahan Oktober lalu. Kedua-dua kawasan adalah kawasan puak di kawasan sempadan Afghanistan.
Serangan kelmarin mensasarkan rumah Sarbraz Saddiqi, seorang pegawai kerajaan di Kurram, kata pegawai polis, Naeemullah Khan. Polis masih menyiasat sama ada bom berkenaan diletupkan oleh alat kawalan jauh atau jangka waktu, katanya.
Kebanyakan militan Taliban dipercayai melarikan diri ke Waziristan Utara, sebuah kawasan puak Pakistan dikuasai kumpulan jihad. - AP
Taliban siar imej askar AS ditahan
Posted by Info Kesihatan | 5:59 PM | Taliban siar imej askar AS ditahan | 0 comments »Komputer Citigroup diceroboh
Posted by Info Kesihatan | 11:30 PM | Komputer Citigroup diceroboh | 0 comments »Syarikat penerbangan Scotland muflis, penumpang terkandas
Posted by Info Kesihatan | 3:19 PM | penumpang terkandas, Syarikat penerbangan Scotland muflis | 0 comments »PricewaterhouseCoopers (PWC) berkata, pihaknya sudah melantik beberapa pentadbir selepas Globespan Group, pemilik Flyglobespan, gagal mendapatkan pelabur baru untuk syarikat penerbangan terbabit.
Pihak pentadbir berkata, hampir 800 kakitangan syarikat penerbangan berkenaan yang berpangkalan di Edinburgh, dengan jumlah kapal terbang mencecah 10 pesawat perlu melakukan tugas yang lebih.
"Untuk tempoh beberapa hari ini, kami akan memberi tumpuan terhadap usaha memastikan pelanggan Globespan mendapat semua maklumat yang diperlukan bagi membolehkan mereka pulang atau menentukan langkah seterusnya, sama ada wang akan dipulangkan," katanya lagi.
Pihak pentadbir berkata, 5,000 penumpang sudah menempah perjalanan dengan Flyglobespan dalam tempoh beberapa hari ini, dan 4,000 daripadanya adalah pelanggan yang ketika ini berada di Sepanyol, Portugal, Cyprus dan Mesir. - AFP
AS akui tak tahu lokasi Osama
Posted by Info Kesihatan | 1:47 PM | AS akui tak tahu lokasi Osama | 0 comments »AS akui tak tahu lokasi Osama
Taliban disyaki bedil lapangan terbang
Posted by Info Kesihatan | 4:15 PM | Taliban disyaki bedil lapangan terbang | 0 comments »Taliban disyaki bedil lapangan terbang
Polis tempatan berkata pemberontak membedil tiga roket di luar sebuah kawasan perkampungan di daerah Guzara, wilayah Herat, dan dua daripada roket berkenaan terhempas di landasan udara Herat.
"Pihak musuh membedil tiga roket di lapangan terbang tapi tiada kecederaan dilaporkan, ia hanya merosakkan landasan," kata jurucakap polis wilayah, Noor Khan Nikzad.
Selepas serangan itu, polis berkejar ke tapak pelancaran pihak militan yang menggunakan traktor sebagai pelancar mudah alih dan melarikan diri.
Herat, kurang sejam perjalanan dengan kereta dari sempadan dengan Iran, adalah bandar kedua paling ramai penduduk di Afghanistan. AFP
Layan Facebook langgar etika doktor
Posted by Info Kesihatan | 4:00 PM | Layan Facebook langgar etika doktor | 0 comments »Sebuah persatuan doktor berkata, komunikasi menerusi laman web seperti Facebook berisiko menyebabkan berlaku pelanggaran etika dalam kalangan doktor.
Amaran tersebut dikeluarkan selepas menerima beberapa kes pesakit berasmara dengan doktor menerusi maklumat yang diperoleh di Internet.
Menurut persatuan itu, doktor sepatutnya menolak daripada menulis sebarang komen yang boleh dikesan pesakit.
Panduan baru oleh Majlis Perubatan Umum (GMC) jelas menyatakan peraturan forum borak Internet mengenai kerahsiaan identiti seseorang doktor, katanya.
Pada tahun lalu, sekumpulan jururawat pergigian menerima teguran daripada pegawai perubatan kerana mewujudkan kumpulan jaringan sosial:
Pelempar kasut Bush dibaling kasut
Posted by Info Kesihatan | 3:22 PM | Pelempar kasut Bush dibaling kasut | 0 comments »Carian Twitter tertinggi
Posted by Info Kesihatan | 4:07 PM | Carian Twitter tertinggi | 0 comments »Blair kena siasat
LONDON: Satu siasatan bebas terhadap peranan Britain dalam perang di Iraq memulakan perbicaraan semalam yang kemuncak menantikan keterangan bekas Perdana Menteri, Tony Blair.
Blair membuat keputusan menyokong Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush dengan menghantar 45,000 askar Britain ke Iraq meskipun tanpa kelulusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan ditentang kuat pembangkang di negaranya dan Eropah.
Pemimpin tentera, diplomat, menteri dan pegawai kanan akan dipanggil di hadapan jawatankuasa lima ahli untuk menilai perang Iraq yang dianggap kontroversi.
Pengerusi jawatankuasa siasatan, bekas kakitangan awam, John Chilcot yakin menghasilkan proses membuat keputusan penuh yang membabitkan Britain terhadap konflik berkenaan.
"Lima ahli jawatankuasa sekarang adalah benar-benar bebas, mengambil kira aspek perspektif berbeza dan pe ngalaman masing-masing," katanya.
John Scarlett, bekas ketua agensi risikan asing MI6 dan bekas duta ke Amerika Syarikat, Christopher Meyer dan wakil ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Jeremy Greenstock adalah antara yang terawal memberi keterangan.
Scarlett adalah bekas pengerusi jawatankuasa risikan utama Britain ketika kerajaan Blair mengeluarkan laporan Iraq mempunyai senjata pemusnah besar (WMD) yang membawa kepada serangan pada Mac 2003.
Bekas Setiausaha Agung PBB, Kofi Annan dan bekas penyiasat senjata badan dunia itu, Hans Blix juga dilaporkan tersenarai sebagai saksi.
Siasatan itu membabitkan isu Iraq dari Julai 2001 hingga Julai 2009. - AFP
Kawal kereta guna signal otak
Posted by Info Kesihatan | 5:10 PM | Kawal kereta guna signal otak | 0 comments »Kerajaan Selangor Tidak Akan Bayar Ganti Rugi Kenaikan Tarif Air Kepada Syabas
Posted by Info Kesihatan | 3:09 PM | Kerajaan Selangor Tidak Akan Bayar Ganti Rugi Kenaikan Tarif Air Kepada Syabas | 0 comments »Insurans kereta lama tidak dihapuskan
Posted by Info Kesihatan | 5:11 PM | Insurans kereta lama tidak dihapuskan | 0 comments »Caj kad kredit tambahan dilarang
Posted by Info Kesihatan | 5:10 PM | Caj kad kredit tambahan dilarang | 0 comments »Caj kad kredit tambahan dilarang
Hamas tak takut roket Yahudi
Posted by Info Kesihatan | 8:27 PM | Hamas tak takut roket Yahudi | 0 comments »Hamas tak takut roket Yahudi
BANDARAYA GAZA: Israel melancar tiga serangan udara terhadap Gaza semalam mencederakan lapan orang, satu daripadanya parah, ketika Hamas mengumumkan akan menghentikan serangan roket.
Lima daripada mangsa cedera, termasuk yang parah ketika serangan ke atas terowong bawah tanah di pekan sempadan Rafah.
Tiga lagi cedera dalam serangan udara ke atas dua bengkel, di tengah dan utara Gaza.
Serangan udara terbaru menandakan keganasan terbaru ke atas wilayah Gaza yang agak tenang selepas Tel Aviv melancarkan keganasan selama hampir sebulan terhadap wilayah Palestin itu pada 27 Disember lalu.
Sementara itu, Hamas berkata kumpulan bersenjatanya di Gaza mencapai persetujuan menghentikan bedilan roket ke Israel, tetapi berkata mereka akan bertindak balas kepada sebarang serangan Zionis.
Bekas perokok menang saman RM1b
Posted by Info Kesihatan | 3:37 PM | Bekas perokok menang saman RM1b | 0 comments »Bekas perokok menang saman RM1b
LOS ANGELES: Mahkamah di Florida mengarahkan syarikat rokok, Philip Morris USA membayar ganti rugi AS$300 juta (RM1 bilion) kepada seorang bekas perokok yang kini terpaksa bergerak dengan kerusi roda kerana paru-parunya rosak.
Juri di Mahkamah Daerah Broward kelmarin menilaikan perbelanjaan perubatan lampau dan masa depan ditanggung Cindy Naugle, sebanyak AS$56.6 juta (RM198 juta) perlu dibayar syarikat rokok itu.
Keputusan yang dibuat itu merupakan ganti rugi paling besar pernah diarahkan mahkamah dalam kes membabitkan bekas perokok menyaman syarikat rokok.
Philip Morris akan membuat rayuan terhadap keputusan itu berikutan mereka berpendapat hakim "membuat beberapa kesilapan," kata jurucakapnya, Murray Garnick dalam satu kenyataan.
Naugle, 61, mula merokok pada 1968 ketika berusia 20 tahun kerana berpendapat ia membuat beliau kelihatan lebih matang sebelum menghentikan tabiat buruk itu pada 1993.
Naugle memberitahu juri bahawa beliau tidak mungkin menghisap rokok jika syarikat tembakau mendedahkan apa yang mereka ketahui iaitu rokok mengandungi nikotin, sejenis dadah yang menyebabkan ketagihan.
Kes Naugle itu adalah di antara 8,000 kes difailkan terhadap syarikat rokok selepas Mahkamah Agung Florida pada 2006 memutuskan perokok boleh menyaman syarikat rokok. - Reuters
Soal siasat waktu pejabat
Posted by Info Kesihatan | 3:07 PM | Soal siasat waktu pejabat | 0 comments »Taliban lancar banyak perang
Posted by Info Kesihatan | 3:53 PM | Taliban lancar banyak perang | 0 comments »Taliban lancar banyak perang
Cara terbaik kurang makan
Posted by Info Kesihatan | 3:58 PM | Cara terbaik kurang makan | 0 comments »Cara terbaik kurang makan
SYDNEY: Bersenam di bawah sinaran matahari berbanding dalam gimnasium mampu membantu mengurangkan selera makan, menurut kajian terbaru di sini.
Kajian terhadap 11 lelaki aktif mendapati peserta akan kurang makan sebaik saja selepas melakukan aktiviti dalam keadaan panas 36 darjah Celsius berbanding ketika berada dalam persekitaran suhu 25 darjah Celsius.
Secara purata, lelaki makan lebih 300 kalori apabila mereka bekerja dalam keadaan suhu sederhana berbanding ketika melakukan senaman dalam keadaan panas.
“Penemuan kami mendapati bahawa jika anda bersenam dalam keadaan persekitaran panas, anda akan kurang makan,” kata penyelidik Dr Kym Guelfi dari Sekolah Sains Sukan Universiti Western, Australia. - Reuters
Bayar hutang atau dapat malu dalam Facebook
Posted by Info Kesihatan | 4:59 PM | Bayar hutang atau dapat malu dalam Facebook | 0 comments »Lagi insiden amuk di Amerika
Posted by Info Kesihatan | 12:20 AM | Lagi insiden amuk di Amerika | 0 comments »Lagi insiden amuk di Amerika
Obama jadi 'ketua tukang dukun'
Posted by Info Kesihatan | 4:42 PM | Obama jadi 'ketua tukang dukun' | 0 comments »Obama jadi 'ketua tukang dukun'
WASHINGTON - Buat pertama kali sejak menduduki White House, Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama melakukan tugas sebagai 'ketua dukun' yang boleh membantu membentuk persepsi baik terhadap kepimpinannya semasa tragedi nasional berlaku.
Pakistan pertingkat kawalan elak serangan bom
Posted by Info Kesihatan | 4:45 PM | Pakistan pertingkat kawalan elak serangan bom | 0 comments »Pakistan pertingkat kawalan elak serangan bom
Timbalan Ketua Polis (Operasi) Islamabad, Bani Amin, berkata pihak berkuasa menerima laporan mengenai ancaman serius, kelmarin bahawa pengganas mungkin melancarkan serangan di Islamabad menggunakan trak pikap.
Bani Amin memberitahu media, polis mengesyaki kenderaan itu bakal digunakan selepas kejadian cubaan serangan bunuh diri berjaya dipatahkan, semalam.
OIC: Dunia Islam perhati gelagat AS
Posted by Info Kesihatan | 6:01 PM | OIC: Dunia Islam perhati gelagat AS | 0 comments »OIC: Dunia Islam perhati gelagat AS
Pemandu van keselamatan larikan RM55 juta wang kertas baru
Posted by Info Kesihatan | 5:21 PM | Pemandu van keselamatan larikan RM55 juta wang kertas baru | 0 comments »Pemandu van keselamatan larikan RM55 juta wang kertas baru
PBB pindah 600 kakitangan di Afghanistan
Posted by Info Kesihatan | 3:28 PM | PBB pindah 600 kakitangan di Afghanistan | 0 comments »PBB pindah 600 kakitangan di Afghanistan
KABUL 5 Nov. - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan memindahkan kira-kira 600 kakitangan asingnya di Afghanistan berikutan serangan maut Taliban ke atas sebuah rumah penginapan pekerja PBB, baru-baru ini.
Pemindahan sementara itu akan melibatkan kira-kira 600 daripada 1,100 kakitangan asing PBB di Afghanistan, kata jurucakap PBB, Dan McNorton, hari ini.
"Baki yang tinggal itu dianggap sebagai kakitangan yang benar-benar perlu. Langkah ini bagi memastikan keselamatan semua kakitangan kami di Afghanistan," kata beliau.
Hampir kesemua 600 kakitangan itu akan meninggalkan negara ini, tetapi sebilangan kecil daripada mereka mungkin dipindahkan ke lokasi lebih selamat di Afghanistan.
Sumer - AFP
K'tan timbang tolak p'janjian Petronas
Posted by Info Kesihatan | 4:40 PM | K'tan timbang tolak p'janjian Petronas | 0 comments »Mengulas kenyataan perdana menteri untuk menyerahkan wang ehsan kepada Kelantan, Datuk Husam Musa berkata isu membatalkan perjanjian itu akan dikaji oleh panel peguam yang dilantik kerajaan negeri.
Keputusan tersebut dicapai dalam mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini sebagai reaksi segera Kelantan terhadap pengumuman Datuk Seri Najib Razak di Parlimen pagi ini.
Sumber - Malaysiakini
Taliban gelar Karzai 'presiden boneka'
Posted by Info Kesihatan | 10:08 PM | Taliban gelar Karzai 'presiden boneka' | 0 comments »"Pembatalan pusingan kedua pilihan raya menunjukkan keputusan bagi masa depan Afghanistan dibuat oleh Washington dan London, manakala pengumumannya dibuat di Kabul.
"Apa yang mengejutkan ialah, dua minggu lalu mereka mendakwa presiden boneka Hamid Karzai terbabit dalam penipuan pilihan raya dan sekarang apabila beliau dipilih sebagai presiden berdasarkan undi tipu, Washington dan London serta-merta mengucapkan tahniah," kata pergerakan itu dalam satu kenyataan.
8 tuduhan rasuah, Abdul Rahman mengaku tidak bersalah
Posted by Info Kesihatan | 5:06 AM | 8 tuduhan rasuah, Abdul Rahman mengaku tidak bersalah | 0 comments »Abdul Rahman mengaku tidak bersalah ke atas lapan pertuduhan rasuah kerana mengemukakan invois mengandungi butiran palsu bagi melaksanakan satu program yang tidak diadakan ketika beliau menjadi ADUN.
Beliau sebelum ini merupakan ADUN Ayer Tawar sebelum menang kerusi Parlimen Sabak Bernam dalam pilihan raya yang lalu.
Hakim Syafeera Mohd Said menetapkan 14 Disember ini sebagai tarikh perbicaraan.
SPRM akan dakwa MP dan bekas pegawai MB Selangor esok
Posted by Info Kesihatan | 10:02 PM | SPRM akan dakwa MP dan bekas pegawai MB Selangor esok | 0 comments »SHAH ALAM, 2 Nov: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor telah menangkap lima orang hari ini termasuk bekas Pegawai Menteri Besar Selangor serta seorang anggota Parlimen Barisan Nasional dan akan didakwa esok.
Bekas pegawai MB itu ditangkap kerana disyaki menipu dan memperdayakan seorang presiden sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Negeri Selangor bagi tujuan pembiayaan sebuah majlis anjuran Kerajaan Negeri berkenaan.
Nilai yang terlibat adalah sebanyak RM50,000.00, kata satu kenyataan SPRM hari ini.
Menurut kenyataan itu, beliau akan dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada pagi 3 November 2009 (esok).- Sumber Harakahdaily
Pakistan terus diserang
RAWALPINDI - Seorang pengebom berani mati disyaki anggota Taliban meletupkan dirinya di sini menyebabkan lebih 24 orang terbunuh ketika kerajaan Pakistan menawarkan ganjaran bagi penangkapan ketua kumpulan berkenaan, kata beberapa pegawai.
Taliban kini menjadikan kawasan bandar di Pakistan sebagai sasaran utama selepas kubu-kubu kuat mereka di sempadan Afghanistan jatuh ke tangan kerajaan dalam siri operasi besar-besaran pihak tentera.
-
-
-
Ekzema berjangkit ke?5 years ago
-
Operasi di Waziristan Selatan dihentikan15 years ago
-
Hadith 40 : HADIS 115 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Perutusan Dari Tun Mahathir4 years ago
-
-
ADUN Ditangkap Dadah5 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
BANGSA PENEROKA PASARAN GLOBAL8 years ago
-
-
-
-
AHLI PAS BERKASTA10 years ago
-
-
-
MH370: Krisis komunikasi seperti isu kangkung10 years ago
-
-
-
-
AJK PKR Kuala Krau melawati saya11 years ago
-
Che would be 85 today11 years ago
-
-
Ustaz Ismail Kamus -Suara Alam Barzakh.12 years ago
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
SELAMAT DATANG KE INTANHIJAU212 years ago
-
-
-
-
-
Try13 years ago
-
-
-
Terima Kasih Org Sibu Reject geng penjudi14 years ago
-
Operasi di Waziristan Selatan dihentikan15 years ago
-
-
-
-
-
-