'Iran berhak bangun kuasa atom'
LONDON: Perdana Menteri Turki menyifatkan sebagai khabar angin laporan yang menyatakan Iran membuat senjata nuklear, sambil menekankan bahawa republik Islam itu berhak untuk membangunkan kuasa atomnya.

Bercakap di London sebelum pertemuan dengan Perdana Menteri Britain, Gordon Brown, Recep Tayyip Erdogan juga mempersoalkan mengapa Israel tidak berdepan dengan gesaan daripada masyarakat antarabangsa untuk tidak membuat senjata nuklear seperti yang dilakukan terhadap Iran. “Ia hanya sekadar khabar angin bahawa Iran membuat senjata nuklear,” kata Erdogan kepada Perbadanan Penyiaran British (BBC), yang bercakap melalui penterjemah.
“Saya percaya bahawa Iran berhak untuk mempunyai kuasa nuklear bagi kegunaan awam.”
Turki mempunyai hubungan baik dengan jirannya, Iran, dan menawarkan untuk mengadakan pertukaran uranium berkadar rendah dengan 20 peratus pengkayaan uranium dibekalkan oleh kuasa dunia kepada Teheran sebagai sebahagian daripada perjanjian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Perdana menteri itu berkata, negara dengan kuasa nuklear tidak berhak berpaling ke arah negara lain dan berkata: “Oh anda tidak sepatutnya menghasilkan senjata nuklear.”
“Ambil contoh Israel. Israel memiliki senjata nuklear. Mengapa negara lain tidak memberi amaran kepada Israel untuk tidak menyimpan senjata nuklear mereka tetapi mereka melakukan perkara sama kepada Iran?” soal beliau.
Pada satu sidang media dengan Brown di Downing Street selepas itu, Erdogan berkata beliau mahu melihat sebuah dunia tanpa senjata nuklear dan diplomasi terhadap sekatan.
“Kita sentiasa berkata kepada rakan kita bahawa kita tidak mahu melihat sebarang senjata nuklear dalam rantau kita,” katanya dan menambah “kami percaya dengan penyelesaian secara diplomasi.”
Katanya: “Sekatan dikenakan dua kali sebelum ini dan jika ia dipertimbangkan untuk menjalankan sekatan kali ketiga, kita akan lihat apa yang boleh kita buat, dan pendapat saya ialah kita perlu mencari penyelesaian diplomatik.”
Brown berkata: “Perdana Menteri Erdogan dan saya berkongsi keyakinan bahawa kita perlu menyelesaikan isu ini secara diplomatik dan saya percaya bahawa Majlis Keselamatan PBB perlu mengambil tindakan untuk memastikan sekatan terhadap Iran.”

0 comments
Post a Comment