Pejuang Palestin lancar serangan mortar
Posted by BioVCO | 4:06 PM | Pejuang Palestin lancar serangan mortar | 0 comments »Kerajaan Australia minta maaf
Posted by BioVCO | 3:35 PM | Kerajaan Australia minta maaf | 0 comments »Permohonan maaf itu dibuat selepas bayaran ganti rugi yang jumlahnya tidak didedahkan telah diberikan kepada Dr. Mohammed.
Doktor itu sebelum ini ditahan dan didakwa membantu organisasi pengganas selepas kad modul pengenalan pelanggan (SIM) telefon bimbitnya dikaitkan secara silap dengan percubaan untuk meletupkan kereta.
"Persekutuan Polis Australia (AFP) mengetahui ia merupakan satu kesilapan dan Dr. Mohammed tidak bersalah berhubung perbuatan yang disyaki," menurut kenyataan rasmi peguam negara Australia dalam laman web semalam.
Dr. Mohammed ditahan di bawah undang-undang antipengganas semasa dia menunggu untuk menaiki penerbangan sehala dari Queensland ke India selain ditahan selama 12 hari sebelum didakwa. - AFP
Suku juta penduduk dunia maut dalam bencana alam
Posted by BioVCO | 3:15 PM | Suku juta penduduk dunia maut dalam bencana alam | 0 comments »Pentadbir Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan Amerika Syarikat (AS), Craig Fugate berkata, tahun 2010 juga merupakan tahun paling tragik dalam tempoh lebih satu generasi yang menyaksikan begitu banyak bencana alam berlaku.
"Tahun ini, bencana alam terjadi tanpa henti dalam banyak gelombang. Istilah 'peristiwa dalam masa 100 tahun' tidak boleh lagi diguna pakai tahun ini," katanya.
Saintis dan pakar bencana alam menjelaskan, manusia perlu dipertanggungjawabkan di atas semua malapetaka yang berlaku.
Mereka berkata, walaupun kebanyakan bencana alam boleh berlaku bila-bila masa, campur tangan manusia menyebabkan lebih banyak kematian, kemusnahan selain keadaan yang lebih buruk.
Sebagai contoh, gabungan aktiviti pembinaan dan amalan pembangunan yang tidak mengikut standard, boleh menyebabkan kesan gempa bumi yang lebih buruk di samping mengakibatkan lebih banyak kematian.
"Bencana alam seperti gempa bumi dan letusan gunung berapi berlaku secara tetap. Semua perubahan yang terjadi adalah disebabkan campur tangan manusia," kata Naib Presiden Swiss Re, syarikat insurans kedua terbesar dunia.
Menurut saintis, iklim Bumi juga berubah disebabkan fenomena pemanasan global yang berpunca daripada kegiatan manusia, sekali gus menyebabkan cuaca yang ekstrem seperti kepanasan melampau serta banjir.
Ogos lalu, cuaca panas melanda Rusia, sementara jauh di selatan, sebahagian besar Pakistan ditenggelami banjir. Cuaca ekstrem di kedua-dua negara itu membunuh hampir 17,000 orang, kematian yang lebih ramai berbanding jumlah korban nahas udara dalam tempoh 15 tahun lalu.
"Kematian ini dilihat sebagai tindakan membunuh diri. Kita membina rumah yang boleh membunuh jika gempa bumi berlaku. Kita juga membina rumah di zon banjir yang boleh melemaskan kita," kata profesor sains geologi di Universiti Colorado, Roger Bilham. - AP
Taliban serang pusat rekrut tentera di Kabul
Posted by BioVCO | 3:43 PM | Taliban serang pusat rekrut tentera di Kabul | 0 comments »Bas terbabit diserang dua penyerang bunuh diri yang membunuh lima anggota tentera dan cederakan sembilan yang lain, kata jurucakap Kementerian Pertahanan.
Kenderaan terbabit dalam tugasan harian membawa kakitangan dari pusat latihan tentera di Kabul ke tempat kerja mereka di mana dua pengebom bunuh diri menyerang dengan menembak menggunakan senjata automatik, kata Jeneral Mohammad Zahir Azimi.
“Seorang daripada penyerang bunuh diri terbabit ditembak mati tetapi yang kedua berjaya meletupkan bahan letupan yang dipasang pada badannya dan mengorbankan lima askar kami serta mencederakan sembilan yang lain,” kata Azimi.
Kejadian berlaku di jalan Pul-e-charkhi yang menyambungkan ibu negara Kabul ke timur wilayah Afghanistan.
Banyak pangkalan tentera asing dan kemudahan latihan pasukan keselamatan Afghanistan di sepanjang laluan terbabit menyebabkan ia sering menjadi laluan kepada pasukan tentera Afghanistan dan NATO.
Kabul dilihat aman sepanjang tahun lalu tetapi laluan jalan raya terbabit menyaksikan sebilangan serangan berdarah terhadap pasukan keselamatan. – AFP
Zionis bunuh 5 pejuang Palestin
Posted by BioVCO | 3:33 PM | Zionis bunuh 5 pejuang Palestin | 0 comments »GAZA CITY 19 Dis. - Lima pejuang Palestin terbunuh dalam serangan pesawat tentera Israel di Genting Gaza, menurut sumber dari pihak berkuasa Palestin dan Israel, hari ini.
Serangan itu merupakan yang terburuk sejak Israel melancarkan serangan terhadap kerajaan Hamas di Gaza yang berlarutan sehingga 22 hari bermula pada penghujung Disember 2008 hingga mengorbankan 1,400 nyawa rakyat Palestin yang kebanyakkannya adalah orang awam.
Saksi berkata, seorang lelaki bersenjata cuba melepaskan tembakan roket ke arah pesawat tentera Israel itu tetapi dia terbunuh apabila tentera rejim Israel terlebih dahulu menembaknya.
Perkhidmatan keselamatan Hamas yang menguasai Gaza mengesahkan kelima-lima mereka yang terbunuh adalah warga Palestin yang berumur dalam lingkungan 20-an dan mereka maut akibat serangan udara yang dilancarkan oleh zionis Israel. - AFP
Israel tidak boleh kalahkan Hezbollah
Posted by BioVCO | 5:26 PM | Israel tidak boleh kalahkan Hezbollah | 0 comments »Menurutnya, pegerakan Hezbollah itu mampu menghancurkan Israel sekiranya peperangan berlaku.
Beliau berkata, tentera pergerakan Hezbollah berjaya mengekang kemaraan Israel dan telah menembak 4,000 buah roket ke wilayah Israel ketika perangan pada 2006.
"Israel tidak tahu cara untuk kalahkan Hezbollah.
"Peperangan yang dicetuskan antara Israel dan Hezbollah mungkin kurang memberi ancaman kepada Hezbollah," katanya kepada Radio Israel.
"Namun, Hezbollah mampu melakukan lebih teruk lagi seperti yang pernah dilakukan empat setengah tahun lalu ke atas Israel," kata Eilend yang pernah berkhidmat dengan dua orang bekas perdana menteri Israel, Ariel Sharon dan Ehud Olmert.- Reuter
Penggodam-penggodam tersebut menggunakan kata laluan yang dicuri untuk menceroboh ke dalam beribu-ribu akaun pengguna Twitter.
Mereka kemudian menghantar mesej sampah promosi minuman buah beri dari akaun-akaun yang digodam itu.
Mengulas mengenai serangan siber itu, Twitter menyatakan, pengguna- pengguna yang menggunakan kata laluan untuk laman web Gawker dan Twitter yang sama atau akaun perbankan Internet berisiko terkena serangan tersebut.
Bilangan sebenar akaun Twitter yang digodam
tidak dapat dipastikan tetapi dalam masa beberapa jam sahaja, beratus-ratus ribu daripada sejumlah 175 juta akaun Twitter telah menyebarkan mesej sampah itu.
Motif serangan tersebut mungkin disebabkan laman web Gawker kerap mengkritik sebuah kumpulan penggodam komputer yang dikenali sebagai 4Chan. – Agensi
Ahmadinejad pecat Menteri Luar Iran
Posted by BioVCO | 3:31 PM | Ahmadinejad pecat Menteri Luar Iran | 0 comments »“Saya mengucapkan terima kasih atas kerja dan khidmat kamu ketika bertugas di Kementerian Luar,” kata Ahmadinejad yang dilaporkan berkata tanpa memberitahu sebab mengambil tindakan itu.
Tetapi, sejak setahun lalu, Mottaki dilaporkan membantah keputusan Ahmadinejad melantik sendiri wakil luarnya ke Asia Barat, Afghanistan dan rantau Kaspia kerana dianggap memalukan kementeriannya.
Mottaki dikatakan meminta bantuan pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei yang menyokongnya dan memaksa Ahmadinejad mengubah pendirian.
Media Iran juga melaporkan ada ahli perundangan yang mendesak Mottaki dipecat sejak itu atas alasan beliau gagal mempertahankan Iran di peringkat antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam isu nuklear.
Mottaki dilantik sebagai Menteri Luar pada Ogos 2005 dan ketika ini melakukan lawatan rasmi di Senegal.
Salehi adalah antara 12 naib presiden Iran dan mengetuai pertubuhan tenaga atom negaranya. Mengikut undang-undang, presiden Iran perlu mengemukakan calon menteri kepada Parlimen untuk kelulusan.
Pemecatan Mottaki berlaku beberapa hari selepas Iran mengadakan rundingan di Geneva dengan kuasa dunia mengenai program nuklearnya iaitu pada 6 dan 7 Disember lalu. – AP/AFP
Padah berkenalan di Facebook
Posted by BioVCO | 4:39 PM | Padah berkenalan di Facebook | 0 comments »Wanita berumur 42 tahun dan menetap di Taman Uda Murni di sini sebelum itu dikatakan telah berkenalan dengan lelaki terbabit pertengahan bulan lalu.
Pemangku Timbalan Ketua Polis Kelantan, Asisten Komisioner Mazlan Lazim berkata, selepas bertukar-tukar maklumat melalui laman sosial tersebut beberapa minggu kemudian, suspek memberitahu yang dia berhasrat untuk mempelajari Islam pada 30 November lalu.
Katanya, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa bersetuju untuk membantu suspek.
“Mangsa bagaimanapun telah menerima panggilan daripada suspek keesokan harinya mengatakan yang dia telah ditahan oleh pihak Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana tidak mengisytiharkan wang pound sterling 360,000 (RM1.7 juta) yang dibawanya.
Jadi bilioanir jual laman web
Posted by BioVCO | 9:54 PM | Jadi bilioanir jual laman web | 0 comments »Mason dikatakan bersetuju untuk menjual laman web bernama Groupon itu kepada Google dengan harga £4.1 billion (RM20.2 billion).
Beliau sebelum ini turut dilaporkan menolak tawaran daripada sebuah lagi enjin carian Internet, Yahoo kerana ia hanya menawarkan sebanyak £1.3 billion (RM6.4 billion) untuk membeli laman web terbabit.
Laman web yang telah dibina sejak dua tahun lalu itu telah menawarkan sebanyak 1,000 peluang pekerjaan di tempat kelahiran Mason iaitu Chicago, Amerika Syarikat selain digunakan oleh 2.5 juta pengguna di Britain.
Bagaimanapun kerana kelebihan yang ditawarkan seperti diskaun pembelian tiket wayang dan pelbagai barangan lain melalui Internet sehingga 90 peratus, jumlah pelayar kini semakin bertambah sebanyak 10 peratus setiap minggu.
Bagaimanapun, ia masih tidak boleh menyaingi Facebook kerana laman sosial itu kini bernilai £32 billion (RM158.1 bilion). - Agensi
Kemalangan aneh pesawat di udara
Posted by BioVCO | 3:52 PM | Kemalangan aneh pesawat di udara | 0 comments »Rakaman video menunjukkan nahas udara itu berlaku ketika Moline beraksi dalam satu pertunjukan udara di sini, baru-baru ini.
Seramai 3,000 penonton melihat insiden itu dengan diselubungi perasaan cemas apabila sayap pesawat pasukan Briged Udara RANS tiba-tiba patah pada ketinggian 500 meter.
Namun, juruterbang itu bernasib baik kerana dia sempat mengaktifkan sistem payung terjun dan keluar dari pesawat itu dengan selamat sebelum ia terhempas.
"Saya selamat, cuma kaki saya yang melecur," katanya selepas nahas udara itu. - Agensi
Empat cedera ditembak tentera Zionis
Posted by BioVCO | 4:07 PM | Empat cedera ditembak tentera Zionis | 0 comments »Tentera Israel mengesahkan menembak beberapa orang yang menghampiri pagar sempadan selepas mereka enggan menghiraukan tembakan amaran.
China dan Rusia setuju tidak guna dolar AS
Posted by BioVCO | 3:45 PM | China dan Rusia setuju tidak guna dolar AS | 0 comments »Kedua-dua negara itu akan menggunakan mata wang masing-masing bagi menggantikan dolar AS.
Keputusan itu diumumkan oleh Perdana Menteri China, Wen Jiabao dan rakan sejawatannya Vladimir Putin.
Ia dilihat sebagai bukti hubungan antara kedua-dua buah negara yang semakin kukuh dan bertujuan untuk melindungi ekonomi domestik.
"Selama ini kami menggunakan mata wang asing iaitu dolar AS. Sebagai langkah pertama, perdagangan menggunakan Rubel Rusia sudah bermula di China. Pada Disember nanti, yuan pula akan digunakan di Moscow," jelas Putin.
Kedua-dua pemimpin itu bertukar-tukar dokumen semasa mesyuarat yang berlangsung di St. Petersburg.
China mewakili 8.3 peratus perdangangan keseluruhan Rusia. - Agensi
Para saintis itu memperoleh hasil kajian tersebut selepas melakukan kajian ke atas 20 batang pokok ash yang daunnya menjadi kuning.
Hasil kajian itu menimbulkan kebimbangan bahawa radiasi Wifi boleh memberi kesan terhadap tubuh manusia.
Ia turut menyebabkan ibu bapa dan guru-guru berkempen agar peranti Wifi tidak dipasang di sekolah.
Bandar Alphen aan den Rijn yang terletak di barat Belanda mengarahkan kajian itu dilakukan sejak lima tahun lalu selepas mendapati pokok-pokok di kawasan itu mengalami situasi yang tidak normal.
Kajian itu mendapati pokok yang diletakkan paling hampir dengan radio Wifi mempunyai daun berwarna kuning berikutan lapisan kulit luar pokok mulai mati.
Para penyelidik juga mendapati radiasi Wifi boleh menyebabkan pertumbuhan jagung menjadi perlahan. - Agensi
Lelaki kurang upaya buka bisnes selepas mohon 1,923 pekerjaan
Posted by BioVCO | 5:48 PM | 923 pekerjaan, Lelaki kurang upaya buka bisnes selepas mohon 1 | 0 comments »Shakespeare, penghidap sakit saraf Cerebral Palsy yang menyebabkan pergerakannya terbatas turut membelanjakan £1,000 (RM4,965) bagi membeli setem selama 12 bulan selepas dia diberhentikan daripada jawatan sebagai penasihat pelanggan sebuah bank Internet.
"Namun, sesudah setahun tidak mendapat kerja, saya mula tertekan dan peluang kerja yang bersesuaian dengan diri saya pula semakin berkurangan," katanya.
"Saya kemudian terfikir bahawa ratusan syarikat tidak memiliki pengalaman mengenai cara berurusan dengan orang kurang upaya dan saya sebagai seorang kurang upaya boleh membimbing mereka," tambahnya.
Idea tersebut menyebabkan dia menubuhkan sebuah firma perunding bagi membimbing majikan mengenai kaedah berurusan dengan golongan kurang upaya.
Kini, firmanya memperoleh kejayaan yang memberangsangkan.
Pada Oktober tahun lalu, Shakespeare mendapat pelanggan terbesarnya yang pertama apabila pengurus Hotel Novotel, Mike Colman meminta khidmat nasihatnya mengenai cara meningkatkan tahap perkhidmatan di hotelnya. - Agensi
Presiden Iran lelong kereta Peugeot miliknya
Posted by BioVCO | 7:00 PM | Presiden Iran lelong kereta Peugeot miliknya | 0 comments »Taliban anggap tanda AS sudah gagal di Afghanistan
Posted by BioVCO | 5:39 PM | Taliban anggap tanda AS sudah gagal di Afghanistan | 0 comments »Menurut Taliban, satu perjanjian yang ditandatangani di Lisbon, Portugal yang dihadiri Presiden AS, Barack Obama itu menunjukkan AS gagal untuk mendapatkan bantuan tentera asing menerusi negara-negara yang menyertai NATO atau memperoleh satu komitmen untuk meneruskan operasi ketenteraan bagi tempoh jangka panjang di Afghanistan.
Dalam Sidang Kemuncak di Portugal itu kelmarin, NATO akan menyerahkan semua bentuk kawalan sepenuhnya kepada pasukan keselamatan Afghanistan menjelang 2014.
"Ia merupakan berita baik untuk penduduk Afghanistan dan bagi semua orang yang menyintai kebebasan di dunia dan ia menunjukkan kegagalan pemerintah Amerika," kata satu kenyataan Taliban menerusi e-mel.
"Sejak lapan tahun lalu, pihak penceroboh tidak dapat membentuk sebarang sistem pemerintahan di Kabul dan mereka tidak akan mampu melakukannya," tambah kenyataan tersebut.
Menurut jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid pihaknya akan memerangi askar-askar asing walaupun pengumuman askar itu telah dibuat.
Pada tahun 2009, Presiden AS, Barack Obama menyatakan pentadbirannya akan mula mengeluarkan tentera AS dari Afghanistan mula Julai 2011.
Dalam pertempuran di sekitar Afghanistan, NATO menyatakan pasukan tentera antarabangsa dan Afghanistan berjaya membunuh 20 orang pejuang Taliban dalam satu siri operasi sepanjang hujung minggu lalu.
Tentera AS dan sekutu-sekutunya menyerang Afghanistan sebulan selepas AS diserang pengganas pada 11 September 2001 yang menyebabkan kira-kira 3,000 penduduk terbunuh di New York.
Seramai 100,000 askar AS ditempatkan di negara itu diikuti negara-negara lain dengan tujuan untuk memerangi pergerakan Taliban dan Al-Qaeda yang didakwa AS menjadi tempat persembunyian anggota-anggota pengganas. - Agensi
Penggodam M'sia ditahan 'curi' 400,000 kad kredit
Posted by BioVCO | 8:23 PM | 000 kad kredit, Penggodam Msia ditahan curi 400 | 0 comments »cyberterrorismLin Mun Poo, seorang warga negara Malaysia ditahan 21 Oktober lalu selepas memasuki Amerika Syarikat dihadapkan di mahkamah juri, semalam. Beliau dituduh atas kesalahan menggodam Bank Pusat Amerika di cawangan Cleveland, Ohio dalam beberapa serangan menggodam untuk mencuri lebih 400,000 nombor kad kredit.
Beliau juga didakwa kerana memecah beberapa sistem pertahanan komputer di negara itu.
Poo yang kini dalam tahanan untuk perbicaraan dikatakan amat cemerlang dalam kerjayanya di beberapa institusi kewangan, mengambil kontrak untuk mengukuhkan sistem pertahanan komputer, termasuk menjual dan memperdagangkan maklumat," kata pejabat Peguam Negara Amerika.
internet media and print mediaPasukan perkhidmatan perisikan Amerika memberkas Poo yang berusia 32 tahun itu beberapa jam selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa John F Kennedy di New York.
“Ejen perisikan merampas komputer bimbit Poo yang mengandungi ribuan data akaun kewangan dan maklumat peribadi yang dipercayai diperolehnya menerusi kegiatan penggodaman," katanya.
Ketua perkhidmatan perisikan Amerika, Brian Parr, berkata antara kegiatan Poo yang dikesan ialah memecah masuk sistem pertahanan kontraktor Pentagon yang 'mengandungi maklumat logistik ketenteraan yang amat sensitif'. - AFP
Jemaah haji wukuf di Padang Arafah
Posted by BioVCO | 2:55 PM | Jemaah haji wukuf di Padang Arafah | 0 comments »Ramai jemaah memulakan perjalanan sebelum subuh dalam usaha mereka untuk sampai ke puncak Bukit Arafah yang juga dikenali sebagai Jabal ar-Rahmah, di luar tanah haram iaitu kira-kira 18 kilometer dari kota Mekah.
Bukit tersebut merupakan tempat Nabi Muhammad s.a.w menyampaikan khutbah terakhir kepada umat Islam.
Mereka yang berjaya sampai bukit itu selepas berasak-asak duduk di lereng-lereng bukit sambil berdoa dan membaca al-Quran.
Sejumlah lagi dilihat menggunakan telefon bimbit untuk merakamkan gambar manakala sebahagian lagi jemaah duduk di atas hamparan tikar di atas batu-batu di bukit berkenaan.
"Sukar untuk saya menggambarkan perasaan saya. Saya seperti berada pada Hari Kebangkitan," kata seorang jemaah dari Syria, Mossaad Mheymeed ketika berdiri di puncak Jabal ar-Rahmah.
"Syukur kepada Tuhan kerana memberikan nikmat ini," kata rakannya, Hussein al-Alawi, 55, juga dari Syria.
Wukuf atau berhimpun di Padang Arafah yang menandakan kemuncak dalam ibadah haji bermula kelmarin apabila lebih dua juta umat Islam beredar dari Mekah untuk menuju ke Mina.
Setakat ini, tiada laporan berhubung sebarang kemalangan besar berlaku di Arafah.
7.5 juta pemilik akaun Facebook
Posted by BioVCO | 3:45 PM | 7.5 juta pemilik akaun Facebook | 0 comments »Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, dianggarkan terdapat 7.5 juta pemilik akaun Facebook di Malaysia kini.
“Ini adalah potensi rakyat yang harus digunakan oleh industri dalam bidang ini untuk memajukan negara khususnya menerusi kandungan mudah alih.
“Terdapat fakta yang menunjukkan bahawa kewujudan Facebook, Twitter, inovasi platform Android, aplikasi dalam talian dan mudah alih telah mengubah landskap komunikasi, pemikiran manusia dan melahirkan jutawan baru di Amerika Syarikat,” katanya.
Sultan batal hadir majlis mewah
Posted by BioVCO | 5:09 PM | Sultan batal hadir majlis mewah | 0 comments »Masjid pertama Kanada di Artik dibuka
Posted by BioVCO | 4:03 PM | Masjid pertama Kanada di Artik dibuka | 0 comments »‘Masjid pasang siap’ itu tiba di bandar utara kecil bulan lalu melalui perjalanan 4,000 kilometer (km) melalui darat dan air.
Beberapa wartawan termasuk pemberita televisyen Arab menyertai penduduk Islam tempatan untuk majlis pembukaannya.
Bilangan penduduk Islam di bandar dengan 4,000 penduduk di Wilayah Barat Laut Kanada itu meningkat sejak beberapa tahun kepada kira-kira 80 orang. Mereka sebelum ini beribadat di dalam sebuah karavan berukuran tiga kali tujuh meter sehingga ia tidak lagi dapat menampung bilangan jemaah.
Masjid baru yang digelar sebagai masjid kecil di Tundra oleh media Kanada itu dihiasi dengan permaidani merah di ruang utama, mempunyai sebuah dapur dan perpustakaan, kata ahli jawatankuasa masjid, Amer Suliman.
“Langit kelabu tetapi lampu dari masjid dan kubah menjadikan ia terang, ia tidaklah terlalu sejuk di luar sana dan tetamu berkumpul di sini,” katanya yang dihubungi.
Bangunan pasang siap itu dibawa dari Manitoba kerana harga bagi buruh dan bahan adalah lebih rendah berbanding di bahagian utara Kanada. – AFP
Kapten pesawat Qantas A380 dapat pujian
Posted by BioVCO | 7:10 PM | Kapten pesawat Qantas A380 dapat pujian | 0 comments »32 cedera serangan pengebom di Istanbul
Posted by BioVCO | 3:41 PM | 32 cedera serangan pengebom di Istanbul | 0 comments »Gambar kekejaman tentera Israel didedah
Posted by BioVCO | 5:32 PM | Gambar kekejaman tentera Israel didedah | 0 comments »Antara gambar itu menunjukkan seorang tentera Israel mengacu raifal pada kepala seorang lelaki Palestin dan satu lagi menunjukkan seorang tentera menyembur cat dengan kata-kata bermaksud ‘Akan kembali’ pada dinding sebuah rumah di Gaza.
Gambar itu yang disiarkan semalam oleh kumpulan yang terdiri daripada veterang tentera Israel yang menamakan diri mereka Breaking the Silence adalah yang terbaru dalam beberapa siri gambar yang disiarkan sejak beberapa bulan lalu, mendedahkan kekejaman tentera Zionis terhadap penduduk Palestin.
Menurut kumpulan berkenaan, ia menyiarkan gambar itu dalam laman Facebook mereka untuk menyangkal dakwaan tentera Israel kononnya laporan mengenai kekejaman askar mereka sengaja diada-adakan.
“Kami akan terus menyiarkan gambar untuk membuktikan kekejaman ini adalah perkara biasa, inilah tingkah laku sebenar tentera Israel dan inilah harga penjajahan,” kata anggota kumpulan, Yehuda Shaul.
Tentera Israel berkata, ia kesal kerana kumpulan itu menyiarkan gambar berkenaan dan tidak menyerahkannya kepada mereka untuk disiasat.
Shaul berkata, kumpulan itu menerima gambar berkenaan dua minggu lalu dan diberitahu ia dirakam ketika Israel menyerang Gaza hampir dua tahun lalu. - Agensi
Rumah teres dua tingkat bernilai RM4.78
Posted by BioVCO | 3:56 PM | Rumah teres dua tingkat bernilai RM4.78 | 0 comments »AS tertekan ekoran maklumat perang Iraq
Posted by BioVCO | 4:27 PM | AS tertekan ekoran maklumat perang Iraq | 0 comments »Pembunuh Rachel Corrie di mahkamah
Posted by BioVCO | 4:12 PM | Pembunuh Rachel Corrie di mahkamah | 0 comments »Ikan piranha gergasi berjaya ditangkap
Posted by BioVCO | 9:31 PM | Ikan piranha gergasi berjaya ditangkap | 0 comments »-
-
-
Ekzema berjangkit ke?5 years ago
-
Operasi di Waziristan Selatan dihentikan15 years ago
-
Hadith 40 : HADIS 115 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Perutusan Dari Tun Mahathir4 years ago
-
-
ADUN Ditangkap Dadah5 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
BANGSA PENEROKA PASARAN GLOBAL8 years ago
-
-
-
-
AHLI PAS BERKASTA10 years ago
-
-
-
MH370: Krisis komunikasi seperti isu kangkung10 years ago
-
-
-
-
AJK PKR Kuala Krau melawati saya11 years ago
-
Che would be 85 today11 years ago
-
-
Ustaz Ismail Kamus -Suara Alam Barzakh.12 years ago
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
SELAMAT DATANG KE INTANHIJAU212 years ago
-
-
-
-
-
Try13 years ago
-
-
-
Terima Kasih Org Sibu Reject geng penjudi14 years ago
-
Operasi di Waziristan Selatan dihentikan15 years ago
-
-
-
-
-
-