6 tentera Nato terbunuh perangi Taliban
KABUL: Enam askar Nato terbunuh di Afghanistan semalam, angka kematian harian tertinggi sejak tentera asing diketuai Amerika Syarikat (AS) bersama tentera tempatan melancarkan operasi terbesar terhadap kubu Taliban di selatan negara.
Kematian semalam menjadikan jumlah tentera asing mati di Afghanistan kepada 107 orang tahun ini.
Lebih satu ganda jumlah tentera asing mati dalam dua bulan pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama pada 2009, ketika beribu tentera dikerah ke selatan sebagai sebahagian daripada strategi untuk menamatkan konflik di Afghanistan.
Naib presiden Afghanistan Mohammad Karim Khalili kelmarin melawat bandar selatan Marjah, yang menjadi tumpuan 15,000 tentera diketuai AS untuk menyingkirkan Taliban daripada menguasai bandar 80,000 penduduk itu.
Khalili adalah pemimpin kerajaan paling kanan untuk melawat bandar selatan itu yang sebelum dibebaskan tentera Nato melalui operasi Mushtarak, dikuasai Taliban dan pengedar dadah.

0 comments
Post a Comment