Custom Search

Cupertino (Amerika Syarikat): Apple Inc mengejutkan penggemar teknologi seluruh dunia dengan melancarkan jam tangan pintar dikenali sebagai Apple Watch, peranti pertama dalam kategori baru sejak pelancaran iPad pada 2010.

Pelancaran yang dibuat secara langsung, semalam menunjukkan iPhone 6 dan 6 Plus dilengkapi skrin lebih besar menggunakan platform iOS8.

iPhone 6 mempunyai skrin berukuran 4.7 inci, manakala iPhone 6 Plus 5.5 inci dan mempunyai hayat bateri lebih baik berbanding model sebelumnya.

Ia mula dijual di Amerika Syarikat pada 19 September, dengan pesanan awal bermula Jumaat ini.

Bagaimanapun, harga bagi pasaran di Malaysia masih belum diketahui umum.

Apple Watch hanya akan berada di pasaran awal tahun depan pada harga AS$349 (RM1,221) dan ia boleh digunakan bersama model iPhone 5 dan model lebih baru.

Sumber ~ Harian Metro online

0 comments