Custom Search

NEW YORK 18 Okt. - Lebih empat juta unit model terbaru iPhone dijual dalam tempoh tiga hari, dua kali ganda jumlah jualan berbanding model sebelum itu yang dilancarkan tahun lepas, kata Apple Inc.

Apple mula menjual iPhone 4S di Amerika Syarikat (AS), Australia, Kanada, Perancis, Jerman, Jepun dan Britain pada Jumaat lalu.

Ia akan mula dijual di 22 buah negara lagi pada hujung bulan ini.

iPhone 4 dijual sebanyak 1.7 juta dalam tempoh tiga hari pertama selepas dilancarkan oleh Apple tahun lepas.

Model terbaru iPhone itu juga dijual oleh lebih banyak syarikat telekomunikasi dan dilancarkan di dua negara baru berbanding iPhone 4.

Di AS, Sprint Nextel Corp. merupakan syarikat telekomunikasi terbaru yang menjual iPhone 4S selain AT&T Inc. dan Verizon Wireless.

AT&T dan Sprint pada Jumaat lalu berkata, iPhone 4S berjaya memecah rekod jualan.

Di Verizon Wireless pula kebanyakan permintaan terhadap produk iPhone dipenuhi dengan jualan iPhone 4. - AP



0 comments