Custom Search

DUBAI: Susulan pengumuman peralihan kuasa yang dilakukan Presiden Mesir, Hosni Mubarak awal hari ini, dengan laporan media yang bercanggah dengan situasi semasa di mana masih belum menunjukkan tanda positif buat Mesir, persoalan terbaru yang dikemukakan agensi media tempatan dan antarabangsa adalah lokasi sebenar Mubarak ketika ini.

Di sebalik laporan televisyen Mesir yang menegaskan Mubarak bakal membuat pengumuman yang disiarkan secara langsung dari Istana Presiden Mesir; maklumat awal yang disampaikan media Mesir yang lain mencadangkan Mubarak sudah meninggalkan negara itu dengan menaiki pesawat tentera menuju ke pusat peranginan Sinai iaitu di Sharm Eshiskh.

Malah, difahamkan Mubarak turut ditemani Ketua Kakitangan angkatan tentera Mesir, Leftenan Jeneral Sami Annan.

Selain itu, terdapat laporan media tempatan yang menyatakan Mubarak meninggalkan Mesir ke satu lokasi yang tidak diketahui.

Sementara itu, stesen televisyen milik Amerika Syarikat (AS), Al-Hurra, berkata Mubarak sudah meninggalkan Mesir dan ketika ini dalam perjalanan ke Emiriah Arab Bersatu (UAE), di mana dijangka mendarat di Dubai dalam tempoh satu jam. - www.alarabiya.net (Al Arabiya News Channel) 




0 comments