Custom Search

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WO) memberi amaran banyak kawasan di Asia dilanda demam denggi yang tiada penawar selepas bilangan kes rawatan termasuk kategori serius, meningkat.

Seramai 2.5 bilion penduduk di seluruh dunia menghadapi risiko demam denggi yang dianggap antara penyakit yang mudah berjangkit dengan pantas.

Daripada jumlah keseluruhan itu, 70 peratus daripada penduduk yang menghadapi risiko itu tinggal di Asia Pasifik, kata badan dunia itu yang dipetik UN News Centre, kelmarin.

Antara negara yang menyaksikan peningkatan kes jangkitan denggi termasuk Filipina, Laos, Malaysia dan Vietnam manakala Singapura mencatat penurunan.

Nyamuk aedes menyebarkan jangkitan itu. Jentik -jentik mudah hidup di kawasan tadahan air yang tidak diuruskan dengan sempurna termasuk tong sampah dan pasu bunga.

WHO menyatakan, kenaikan kes demam denggi di Asia kerana suhu semakin tinggi, hujan lebat tahun ini, kepadatan penduduk meningkat selain peningkatan pergerakan manusia. – Agensi




0 comments