Custom Search

MOSCOW: Pemandu di selatan bandar raya ini terkejut apabila seorang pegawai yang dikejar oleh polis kerana rasuah mencampakkan wang tunai berjumlah 10 juta ruble (RM1.3 juta) dari keretanya.

Rangkaian televisyen menunjukkan rakaman penyiasat mengutip wang yang bertaburan itu sambil diperhati oleh pemandu dan polis trafik.

Kejadian berlaku apabila pegawai Agensi Perikanan Persekutuan itu menyedari dia akan ditangkap oleh polis yang mengejarnya selepas menerima wang sogokan. Suspek, Roman Postnikov, juga terbabit dalam kemalangan ketika cuba melarikan diri. - Agensi 
 

0 comments