Custom Search

SAN FRANCISCO: Laman video online milik Google, YouTube mencatat rekod tertinggi jumlah tontonan 14.6 billion pada Mei di kalangan pengguna internet di Amerika Syarikat, dengan purara 200 video seorang, demikian menurut laporan comScore.

Firma pengiraan industri online perkhidmatan Video Metrix itu berkata, dianggarkan 183 juta penduduk di Amerika Syarikat melayari kira-kira 34 bilion klip video online YouTube sepanjang bulan berkenaan dengan purata 186 video setiap seorang.

Laman video online kedua tertinggi ialah Hulu dengan 1.2 bilion tontonan dan ketiga Microsoft 642 juta tontonan. - AFP


0 comments