SINGAPURA: Lima askar termasuk empat dari Norway yang berkhidmat dengan Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF) yang diketuai NATO di Afghanistan terbunuh semalam.
Kementerian Pertahanan Norway mengesahkan kerakyatan empat yang terbunuh akibat letupan bom tepi jalan di utara Afghanistan semalam.
Kementerian Pertahanan Norway mengesahkan kerakyatan empat yang terbunuh akibat letupan bom tepi jalan di utara Afghanistan semalam.
Askar ISAF kelima terbunuh semasa serangan pemberontak di selatan negara itu.
Tentangan Taliban di Afghanistan semakin meningkat walaupun dengan kehadiran lebih 150,000 tentera asing dengan tahap keganasan pada tahap terburuk sejak kumpulan ditumbangkan pasukan tentera yang diketuai Amerika Syarikat pada akhir 2001.
Lebih 90 tentera antarabangsa terbunuh dalam bulan ini, paling ramai sejak peperangan bermula manakal lebih 310 tentera antarabangsa terbunuh tahun ini berbanding 520 tahun lalu. - Reuters
0 comments
Post a Comment