MOSCOW: Polis Russia giat memburu petunjuk dari Caucasus Utara bagi mengesan asal-usul dan identiti dua pengebom berani mati wanita yang menyerang stesen kereta api bawah tanah Moscow kelmarin.
Selepas bom pada badan mereka diletupkan, tubuh wanita terbabit berkecai sama sekali dan polis terpaksa bergantung kepada pemeriksaan cebisan kepala dua suspek sebagai asas.
Laman web Life.ru melaporkan, tumpuan utama penyiasat adalah terhadap cebisan kepala berkenaan.
Difahamkan, letupan pertama di Lubyanka amat kuat sehingga tubuh pengebom yang ditemui hanyalah kepala dan kaki.
Selain jantina, tiada maklumat lain dapat membantu penyiasat setakat ini.
Bagaimanapun, Ketua Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan, Alexander Bortnikov, berkata serangan itu dirancang pejuang dari wilayah Caucasus Utara yang banyak didiami penganut Islam.
“Kedua-dua wanita terbabit mempunyai kaitan dengan kawasan berkenaan,” katanya, tetapi tiada penjelasan terperinci diberikan.
Akhbar Kommersant pula mengesahkan kedua-dua wanita itu menaiki kereta api bersama awal pagi kelmarin di stesen Yugo-Zapadnaya diiringi dua wanita dan seorang lelaki lain.
Akhbar itu melaporkan, seorang daripada wanita itu berseluar hitam, manakala seorang lagi skirt hitam.
“Tiada sebarang dokumen ditemui pada kedua-dua mayat,” lapor akhbar itu.
Pengebom berani mati wanita memang sentiasa digeruni di Russia kerana ia mengingatkan serangan maut kira-kira sedekad lalu.
Sekumpulan wanita - digelar Balu Hitam kerana kebanyakan mereka kehilangan suami masing-masing selepas menjadi mangsa pembunuhan tentera Russia di Caucasus Utara - membuat serangan balas.
Pada 2002, sekumpulan wanita menawan sebuah panggung teater dan mengancam meletupkan tebusan di situ.
Operasi menyelamat tentera khas Russia menyebabkan 115 tebusan dan 50 pejuang Chechen terbunuh.
Wilayah Caucasus Utara merujuk kepada Chechnya, Ingushetia dan Dagestan.
Majoriti penduduk di situ beragama Islam.
Kommersant melaporkan, penyiasat kini melihat kemungkinan operasi ketenteraan di wilayah bergolak itu yang menyebabkan seorang pemimpin pemisah terbunuh baru-baru ini menjadi motif serangan kelmarin.
Dalam operasi khas tentera di Ekazhevo, Ingushetia pada 2 dan 3 Mac lalu, pemimpin kanan gerila Islam, Alexander Tikhomirov (juga dikenali sebagai Said Buryatsky) terbunuh bersama tujuh pengikutnya. - AFP

0 comments
Post a Comment