Custom Search

SPRM sudah merakamankan kenyataan dari S.Ambiga dan Clare Brown dan juga mempunyai rakaman suara kedua mereka membincangkan komplot untuk me-reka pertuduhan bahawa Najib Razak ‘menderma’ RM90 juta kepada PAS.

Berdasarkan kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dilapor oleh The Star, siasatan berkaitan RM90 juta yang berkaitan dengan bekas Perdana Menteri Najib Tun Razak kepada PAS adalah disebabkan pemimpin-pemimpin PAS mempunyai kereta mewah dan rumah banglo.
Semenjak dari tahun 1970an lagi pemimpin PAS telah memiliki rumah banglo dan kereta Mercedes, BMW, Pajero, dan lain-lain lagi. Jadi ini bukanlah perkara baru atau pun perkara luar biasa.
Adakah sekiranya pemimpin PAS memiliki kereta dan rumah banglo ini bermaksud mereka makan duit rasuah? Sekiranya pemimpin PAS itu berbangsa Cina dan bukan berbangsa Melayu adalah persoalan ini akan timbul?

Lapuran Sarawak Report 6hb Ogos 2016

Janganlah fikir kerana pemimpin PAS adalah bangsa Melayu maka mereka tidak mampu membeli rumah dan kereta yang mahal kecuali mereka makan duit rasuah. Ini bukan sahaja penghinaan kepada PAS tetapi penghinaan kepada seluruh orang Melayu secara amnya.
Siasatan SPRM berdasar kepada laporan yang telah dibuat pada oleh satu orang (yang tidak dinamakan) pada hari Selasa. Siapakah orang ini dan betulkah ada laporan atau ianya hanya sekadar cerita dongeng?
Dan apakah sebabnya orang tersebut membuat laporan? Adakah ini disebabkan oleh SPRM yang berkata bahawa mereka tidak boleh buat apa-apa sekiranya tidak ada laporan rasmi?
Atas dasar apa orang ini membuat laporan? Atas dasar cerita ini yang telah keluar di laman Sarawak Report walaupun tidak ada bukti yang menyokong cerita ini?
Ini sajakah sebabnya? Bagaimana tentang cerita yang Anwar Ibrahim simpan budak lelaki comel-lote atau pun budak jambu di Jakarta? Bagaimana pula jika saya buat laporan polis atau laporan kepada pejabat agama tentang cerita ini adakah ia mencukupi untuk satu siasatan dilancarkan walau pun tidak ada bukti dan hanya cerita rekaan semata-mata?
Malaysia Baru sudah tukar mejadi Malaysia Karut. Sebab apa tidak siasat pengadu atau pembawa cerita tersebut? Kalau mengikut hukum Islam, penfitnah perlu disebat 80 kali. Inikah sebab Pakatan Harapan menentang RUU355, sebab mereka ingin terus mengfitnah dan tidak akan dihukum?


Serah Kenderaan Kepada Bank/Tidak Mampu Bayar Ansuran Bulanan Kenderaan

SERAH KERETA KEPADA BANK 2018

Tips sangat baik daripada Persatuan Keselamatan Pengguna. (PKP)
SEKIRANYA ANDA TIDAK MAMPU MENERUSKAN MEMBAYAR HUTANG KENDERAAN ANDA, JANGAN SESEKALI ANDA :-

– Serah kpd pihak ke-3 (Skim Sambung Bayar)
– Sembunyikan drpd pihak bank elak ditarik.
– Jual spare part atau sebagainya..

Ini kerana anda akan di blacklisted, ccriss, dan dikenakan pelbagai denda & caj upah tarik kereta, upah simpan stor dll.

Oleh itu, anda disarankan pergi ke bank terbabit dan serahkan kunci & kereta anda.

Bank akan simpan kenderaan anda dan memberi tempoh 21 hari drpd tarikh anda serah kpd bank untuk dituntut semula.
Sekiranya anda tidak menebus balik dlm masa 21 hari drpd tarikh serah, bank berhak melelong kenderaan anda, hasil lelong td akan di tolak baki hutang dengan bank dan bakinya adalah milik anda,sekiranya masih ada.

BANK TIDAK BOLEH TARIK KENDERAAN ANDA SEKIRANYA :-

1- Finance dh melebihi 75% kecuali ada surat mahkamah

2- kenderaan anda berada di kawasan kediaman berpagar.

3- pada hari cuti umum

4- selepas jam 9 malam.

-Ejen penarik kereta mestilah mempunyai Kad Autoriti (EPS) Ejen Perolehan Semula drp KPDNKK.

– Sekiranya si penarik kereta datang lebih daripada seorang, Mereka semua mestilah mempunyai kad EPS. Sekiranya salah seorang daripada mereka gagal menunjukkan kad tersebut, anda berhak membuat laporan polis kerana membawa gangster dll.

Sekiranya berlaku juga seperti yg di atas, anda berhak membuat laporan polis kerana telah menyalahi akta pengguna.

#Jadilah pengguna yg bijak..sharing is caring‍‌‌‌‌‍‍‍‍‌‌😊

Tahukah Anda?

Posted by BioVCO | 5:09 PM | | 0 comments »

Tahukah Anda?

Di saat kita bersin, seluruh anggota tubuh kita terhenti berfungsi, seolah2 kita mati, Ini terjadi dalam hitungan yg sgt pantas. Setelah itu baru berfungsi spt semula. Inilah kenapa dalam Islam disunnahkan kita membaca "Alhamdulillah" setelah bersin sebagai ungkapan kesyukuran atas berfungsinya kembali seluruh anggota badan kita.

Tahukah Anda?

Menguap itu bukan tanda bahawa kita mengantuk, tapi itu adalah pertanda bahawa tubuh kita perlu tambahan oksigen.

Tahukah Anda?

Bahwa memakan buah kurma dalam jumlah yg genap itu akan menghasilkan gula dlm darah.*
Kerana itu Rasulullah SAW telah menganjurkan kita untuk makan kurma dalam jumlah ganjil, agar hanya berubah menjadi karbohidrat.

Tahukah Anda?

Bahwa tepat setelah dikumandangkan azan, itu adalah waktu yang paling mustajab untuk berdoa.

Tahukah Anda?

Di mana dosa-dosa kita diletakkan ketika kita sedang bersolat?

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sesungguhnya seorang hamba ketika menunaikan solat, dia akan membawa bersama semua dosa-dosanya. Kemudian dosa-dosa itu diletakkan di atas kepala dan kedua pundaknya. Maka ketika ia ruku' atau sujud, berjatuhanlah dosa-dosa tersebut.

Wahai orang-orang yang biasa tergesa-gesa dalam solatnya supaya bertenang dan tahanlah agar lebih lama sedikit ketika sedang ruku' dan sujud agar lebih banyak dosa2 kita yang berguguran..

Tahukah Anda?

Diceritakan ada seorang wanita soleha yg meninggal dunia.

Maka tiap kali penduduk desa menziarah kuburnya, mereka tercium harumnya mawar dr dalam kubur tsbt. Kemudian suaminya menjelaskan bahwa isterinya ketika masih hidup selalu membaca surah Al-Mulk terutama setiap kali sebelum tidur.. Sesungguhnya surat Al-Mulk itu menyelamatkan kita semua dari siksa kubur.

Tahukah Anda?

Ketika kita membaca ayat Kursi setelah kita selesai solat,
maka tiada halangan antara kita dgn syurga kecuali kematian...

Tahukah Anda?

Bahwa para malaikat mendoakan kita selepas selesai solat,* 
Maka janganlah kita terburu2 untuk beranjak dari tempat duduk..

Boleh di share biar lebih bermanfaat buat orang banyak,

Rasulullah S.A.W bersabda :*

"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala." (HR. Al-Bukhari)

Jantung bengkak lemah

Posted by BioVCO | 3:05 AM | | 0 comments »


KITA sering mendengar istilah jantung bengkak. Keadaan ini selalunya dikesan selepas seseorang itu menjalani ujian sinar-X dada.

Ia mungkin dikesan kebetulan di mana seseorang itu cuma menjalani ujian kesihatan saringan atau ada masalah lain daripada jantung atau mungkin dikesan terhadap seseorang yang mengalami gejala atau simptom disebabkan masalah jantung bengkak.

Masalah jantung bengkak dinamakan dilated cardiomyopathy. Ia keadaan di mana jantung menjadi lemah dan besar dan akibatnya tidak dapat mengepam cukup darah ke seluruh badan. 

Simptom masalah ini ialah seseorang pesakit mengalami penat atau susah bernafas. Pada permulaannya, kesukaran bernafas terjadi ketika seseorang individu itu bekerja berat atau bersenam tetapi lama kelamaan ia menjadi lebih serius sehingga menyebabkan sukar bernafas ketika rehat.

Pesakit juga boleh mengadu susah bernafas apabila baring terlentang atau terpaksa bangun secara tiba-tiba di tengah malam kerana penat. Pesakit jantung bengkak juga boleh mengalami bengkak kaki dan kembung perut disebabkan pengumpulan air di bahagian itu.

Ada beberapa sebab jantung menjadi bengkak dan lemah. Faktor utama ialah penyakit arteri koronari yang menyebabkan serangan jantung atau myocardial infarction.

Jika tidak dirawat segera, ia boleh menyebabkan bahagian otot jantung yang terbabit tidak berfungsi atau menjadi parut. Keadaan ini akan menjejaskan fungsi jantung keseluruhannya.

Baca artikel penuh : 

Baca testimoni pengguna :


@biovco
@infokesihatan

Cupertino (Amerika Syarikat): Apple Inc mengejutkan penggemar teknologi seluruh dunia dengan melancarkan jam tangan pintar dikenali sebagai Apple Watch, peranti pertama dalam kategori baru sejak pelancaran iPad pada 2010.

Pelancaran yang dibuat secara langsung, semalam menunjukkan iPhone 6 dan 6 Plus dilengkapi skrin lebih besar menggunakan platform iOS8.

iPhone 6 mempunyai skrin berukuran 4.7 inci, manakala iPhone 6 Plus 5.5 inci dan mempunyai hayat bateri lebih baik berbanding model sebelumnya.

Ia mula dijual di Amerika Syarikat pada 19 September, dengan pesanan awal bermula Jumaat ini.

Bagaimanapun, harga bagi pasaran di Malaysia masih belum diketahui umum.

Apple Watch hanya akan berada di pasaran awal tahun depan pada harga AS$349 (RM1,221) dan ia boleh digunakan bersama model iPhone 5 dan model lebih baru.

Sumber ~ Harian Metro online

Reaksi alahan berbeza antara individu. Sesetengahnya alami gejala yang sangat kecil seperti ruam gatal atau urtikaria (di bawah kulit) membabitkan satu bahagian badan saja. Ada pula yang alami alahan teruk sehingga membabitkan lebih satu bahagian badan. Reaksi alahan ini boleh muncul dalam masa beberapa minit atau jam selepas bersentuhan dengan makanan. 

Reaksi alahan makanan boleh memberi kesan kepada empat kawasan di badan iaitu: 

1. * Kulit - gatal (urtikaria), ekzema, muka merah dan bengkak; bibir, lidah dan mulut jadi gatal dan bengkak. Reaksi kulit adalah reaksi yang paling lazim. 

2. * Saluran gastrointestin (usus) - Sakit perut, mual, muntah dan cirit birit 

3. * Saluran pernafasan - Hidung berair atau tersumbat, bersin, batuk, sesak nafas 

4. * Sistem kardiovaskular - pening atau pengsan 

Reaksi alahan yang serius yang merebak ke seluruh badan dikenali sebagai anafilaksis. Ini adalah reaksi serta merta yang boleh membahayakan nyawa membabitkan dua atau lebih bahagian badan seperti disenarai di atas. Tambahan pula ia boleh menyebabkan saluran pernafasan membengkak dan menyukarkan pesakit bernafas; menurunkan tekanan darah, tidak sedarkan diri dan dalam sesetengah kes mengakibatkan kematian. 


  • Alahan terhadap makanan

    Alahan terhadap makanan PERKATAAN alergi berasal dari perkataan Greek allon argon yang bermaksud tindak balas berlainan dan bila berlaku terhadap ...
  • Memahami alahan | Alahan

    Ini seterusnya mencetuskan alahan di kalangan individu tanpa sejarah keluarga, mahupun mendorong permulaannya (alahan) pada mereka yang sedia ...
  • Pencetus alahan

    Alahan adalah satu tindak balas terlalu sensitif disebabkan oleh satu atau lebih bahan dalam persekitaran (debunga, habuk, makanan) yang melalui ...
  • Alahan Bawa Maut

    Gejala alahan bukan hanya dicetuskan oleh makanan kerana banyak benda lain boleh menyebabkan masalah ini. Selain makanan, ada orang alah pada ...
  • Bebas alahan protein asing

    www.biovco.com/iko.php?no=65&tjk=bebas-alahan-protein-asing...

    Bebas alahan protein asing ISU pemakanan kanak-kanak semakin galak diperkatakan kebelakangan ini terutamanya melibatkan pelajar sekolah sehingga ..

  • Tidak semua pertemuan semula (reunion) menggembirakan. Ada juga yang membawa derita dan memutuskan ikatan perkahwinan. Namun jika itu takdir Allah, apa lagi yang mampu dilakukan, terimalah dengan reda dan mohon Allah beri petunjuk agar hidup lebih bermakna.

    Tidak dinafikan reunion menjadi fenomena pada masa ini. Di mana-mana sahaja orang bercakap tentang reunion, tidak kiralah sama ada dengan kawan sekolah, jiran, universiti atau pejabat.

    Memang ada baiknya reunion, sekurang-kurangnya ia dapat menemukan rakan-rakan yang sudah berpuluh-puluh tahun tidak ditemui dan mengeratkan silaturahim. Tetapi reunion juga boleh memusnahkan sebuah perhubungan.

    Inilah kisah yang saya paparkan minggu ini, kisah reunion yang meninggalkan titik hitam dalam hidup Nora (bukan nama sebenar) dan pasangannya Nasri (bukan nama sebenar).

    Mahu tidak mahu Nora terpaksa menerima kenyataan yang suaminya kini telah kembali kepada bekas kekasih lamanya setelah menghadiri majlis reunion bekas pelajar universiti tempat mereka belajar.

    Ingin tahu lebih lanjut, ikuti kisah Nora.

    "Saya telah bernikah dengan Nasri sejak lapan tahun lalu setelah setahun bercinta. Pertemuan semasa menghadiri satu seminar anjuran tempat kerja menemukan saya dan dia. Kami dikurniakan seorang anak lelaki berusia tiga tahun.

    "Saya bekerja di sebuah syarikat swasta dan suami penjawat awam. Sepanjang lapan tahun, tidak ada masalah yang berlaku dalam hubungan kami. Nasri seorang suami yang baik dan penyayang.

    "Setiap tahun, kami selalu melancong ke luar negara dan juga menghabiskan masa bercuti dalam negara bila ada kelapangan. Pendek kata keharmonian rumah tangga kami sangat menyerlah.

    "Sehinggalah hujung tahun lalu, kebahagiaan itu tergugat apabila suami bertemu semua dengan bekas kekasihnya pada zaman universiti dahulu. Ini semua gara-gara reunion rakan universiti yang dihadirinya.

    "Saya tak kisah suami mahu ke majlis itu sebab saya percaya dengan kesetiaannya. Sebelum ini, saya tidak pernah cemburu atau buruk sangka dengan suami, sebab tahu dia ikhlas dalam perhubungan kami.

    "Selesai majlis itu, saya nampak perubahan dalam dirinya. Tingkah laku, tutur kata dan sikapnya jauh berbeza berbanding sebelum ini. Dia tidak berenggang dengan telefon bimbitnya. Setiap saat, telefon bimbit ada dalam genggamannya terutama pada waktu malam.

    "Di rumah pun sama, dia tidak pernah letak telefon. Ke mana sahaja pergi mesti dipegangnya telefon. Kalau anak kami nak pinjam main game, dia akan marah-marah. Sebelum ini, suami tidak pernah meninggikan suara dengan anak.

    "Pada hujung minggu, dia selalu menghabiskan masa di luar. Tidak seperti biasa membawa saya dan anak keluar bersiar-siar atau makan-makan. Jika tidak pun menemani saya dan anak di rumah.

    "Tidak cukup dengan keluar di hujung minggu, dia mula out station, kononnya untuk berjumpa kawan-kawan lama selepas reunion tersebut. Itu pun saya masih tidak syak apa-apa sebab masih percayakan dia.

    "Satu hari, dia memberitahu saya untuk out station selama tiga hari. Alasannya untuk menghadiri majlis perkahwinan salah seorang stafnya. Saya tidak tanya banyak kerana saya tahu dia tidak bohong, malah saya tidak nampak tanda-tanda dia berbohong dengan saya.

    "Sehinggalah semua rahsianya terbongkar, tiga bulan kemudian apabila saya terjumpa resit sewa hotel di dalam beg pakaiannya. Berderau darah saya melihat resit tersebut, makan minum untuk dua orang dan resit pembelian di sebuah kompleks membeli-belah di luar negara.

    "Sehari suntuk saya menangis dan hati berdebar-debar. Perasaan saya mula tidak tenang. Saya mula syak yang bukan-bukan dan berdoa semoga apa yang saya syak tidak akan menjadi kenyataan.

    "Tapi Tuhan tahu apa yang ingin diujinya untuk saya. Melalui seorang teman pejabat, saya dimaklumkan yang suami saya sudah bernikah lagi dengan kekasih lamanya di seberang.

    "Lalu saya teringat permintaan dia untuk out station tiga bulan lalu. Saya yakin itulah masanya dia bernikah dengan kekasih lamanya itu. Saya tidak menangis. Saya tidak mahu jadi bodoh memikirkan kecurangan seorang lelaki bernama suami.

    "Saya mahu buat penyelesaian dengan lelaki yang kononnya setia kepada saya tetapi beralih kasih.

    "Mencari masa yang sesuai, saya bersemuka dengan suami. Saya tunjukkan sekali resit hotel dan pembelian yang saya jumpa. Juga saya beritahu dia yang rahsianya sudah terbongkar.

    "Tanpa rasa sedih, saya ucap selamat pengantin baru kepadanya. Tanpa memberi dia peluang untuk bercakap, saya sudahkan kata-kata saya dengan, "saya nak abang bebaskan saya!"

    Berulang kali saya sebut perkara itu.

    "Saya tidak mahu lagi memberi dia peluang. Sekali kepercayaan saya hilang, saya tidak akan memberi peluang kedua kepadanya. Saya kecewa dan kesal dengan perbuatannya.

    "Melihat saya menyerangnya bertubi-tubi, dia akhirnya mengalah. Dia mula berterus-terang dengan saya, menceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Dia mengaku telah menikahi perempuan itu secara rahsia di negara jiran.

    "Kononnya, dia menerima perempuan itu kerana kasihan sebab sampai sekarang dia belum berkahwin kerana kecewa ditinggalkan dahulu.

    Mudahnya lelaki menyusun kata.

    "Dalam sekelip mata, dia terlupa kepada saya yang sudah lapan tahun berkorban untuknya. Menjaga makan, pakai, sakit demamnya. Hanya kerana jumpa semula bekas kekasih, sanggup dia bernikah lagi.

    " Saya ralat kerana dia bertindak tanpa meminta izin saya, ajak saya berbincang sedangkan saya tahu, perbuatannya itu dalam keadaan tidak sedar sebab terkejut dengan kehadiran semula wanita itu dalam hidupnya. Mudah sungguh bagi lelaki.

    "Apa pun semuanya sudah terlambat. Hati saya sudah terluka, pedih dan tidak mungkin akan terubat lagi. Saya kecewa yang amat sangat. Saya tidak mahu lagi hidup bersamanya kerana kecurangannya itu.

    "Saya tidak menolak takdir. Saya reda tetapi saya kecewa dengan perbuatannya yang tidak berfikir panjang dan tidak mempedulikan perasaan saya sebagai isteri.

    "Sanggup pula berbohong untuk menghadiri majlis perkahwinan staf, sedangkan dia sendiri yang bernikah. Perlukah lagi saya menghormatinya sebagai suami setelah apa yang dia lakukan ini?

    "Keluarga menentang keras keputusan saya terutama sebelah mentua. Tetapi saya nekad. Saya ada hak saya sendiri sebagai isteri. Saya tidak mahu selama-lamanya diperbodohkan. Jika dia sanggup menipu saya untuk bernikah lagi, tidak mustahil sepanjang perkahwinan kami nanti dia akan berbohong lagi untuk menyelamatkan dirinya untuk berpoligami.

    "Walaupun saya sedih sebab anak terpaksa hilang kasih sayang ayah untuk tinggal sebumbung tetapi saya berjanji akan menjaga anak saya dengan sebaik-baik mungkin. Saya tidak kisah untuk berbaik-baik dengan dia demi anak.

    "Saya harap permohonan saya untuk berpisah diterima. Saya tidak mahu lagi hidup bersamanya. Hati saya telah hancur dan jiwa saya telah lama hilang lenyap bersama kepercayaan saya kepadanya.

    "Saya minta maaf kepada keluarga kerana tidak menerima nasihat mereka. Saya tahu apa yang terbaik untuk masa depan saya. Orang hanya memandang, yang menanggungnya saya. Saya benar-benar terluka hati. Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan saya ini.

    "Saya nasihatkan para isteri di luar sana, hati-hati apabila suami anda menghadiri majlis reunion. Jika diajak, jangan lupa ikut sama. Jangan biarkan mereka pergi seorang diri. Banyak drama yang akan berlaku dalam majlis itu terutama apabila bertemu semula dengan rakan lama yang satu ketika pernah singgah di hati mereka.

    "Semoga Allah lindungi saya dan anak untuk hari-hari mendatang dengan rahmat dan nikmatnya di dunia dan akhirat. Amin.’’ Nora menamatkan ceritanya.

    Saya turut simpati dengan apa yang Nora lalui. Memang betul apa yang Nora katakan, sekali terguris hati selamanya hati akan tercalar. Siapa yang pernah melaluinya akan merasa peritnya apabila suami diambil orang.

    Saya ucap syabas dan tahniah kepada Nora kerana berani bersemuka dengan suaminya secara berhemah. Jarang isteri bersikap terbuka tentang perkara orang ketiga dalam rumah tangga. Namun, Nora mengambil pendekatan berbeza setelah mendapatkan bukti-bukti yang sah.

    Saya setuju dengan Nora bahawa reunion jika tidak digunakan dengan cara betul akan membawa masalah. Seelok-eloknya bawa pasangan masing-masing untuk dikenalkan kepada rakan-rakan lama agar tidak timbul perkara negatif di kemudian hari.

    Apa pun semuanya terpulang kepada hati. Tepuk dada tanya selera. Jika nawaitu kita positif, maka akan positif juga akhirnya tetapi jika sebaliknya, hanya Allah jadi penentu.

    Semoga Nora dan anaknya sentiasa dalam rahmat Allah dan tabah menghadapi hidup.

    Menamatkan coretan, pesanan saya, jangan berputus asa dengan apa yang hilang daripadamu dan jangan terlalu bahagia dengan apa yang bakal datang kepadamu kerana segala-galanya hanya sementara.


    Jenazah masih wangi, elok
    Mayat guru al-Quran dikebumi pada 2006 masih sempurna

    Segamat: Jenazah seorang guru agama yang dikebumikan kira-kira tujuh tahun lalu ditemui dalam keadaan sempurna dan berbau wangi ketika kerja menggali tanah perkuburan di Kampung Batu Badak, di sini.

    Jenazah Allahyarham Maheran Jaaffar, yang meninggal pada 2006 adalah antara 350 kubur yang digali semula untuk dipindahkan bagi memberi laluan kepada projek melebar Jalan Segamat-Ledang. 


    Selain itu, dua jenazah lagi turut ditemui dalam keadaan sempurna dan berbau wangi walaupun dikebumikan sejak berdekad lalu. 


    Anak sulung Maheran, Hamisah Kassim, 67, berkata beliau terkejut dan hiba apabila dimaklumkan jenazah ibunya dalam keadaan wangi dan masih sempurna, termasuk kain kapan yang masih utuh.

    Pemindahan kubur

    “Kubur emak adalah yang pertama digali untuk dipindahkan ke Tanah Perkuburan Wakaf di Kampung Tasek. Saya terharu diberitahu jenazah ibu masih elok dan wangi.

    “Mungkin itu balasan yang diterima ibu kerana ketika hayatnya arwah mengajar kanak-kanak mengaji al-Quran. Seingat saya, arwah sentiasa mengamalkan amalan berselawat, berzikir dan sering bersedekah,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. 
    Hamisah berkata, arwah ibunya juga seorang yang bertanggungjawab menjaga empat lagi adik-beradiknya dan seorang yang pendiam.

    Sementara itu, Penyelia Tanah Perkuburan Jabatan Agama Johor (JAJ), Jamaluddin Sapuan, berkata semua jenazah yang digali semula itu dikapankan dan dikebumikan semula di Tanah Wakaf Kampung Tasek.

    “Seramai 15 penggali kubur di bawah JAJ memulakan kerja menggali sambil dilihat beberapa jabatan kerajaan, waris dan penduduk setempat.

    “Penemuan jenazah yang masih sempurna dan berbau wangi tanda kekuasaan Allah SWT dan balasan yang baik kepada mereka yang melakukan suruhan Allah,” katanya.



    KUALA LUMPUR – Projek perumahan terbengkalai merupakan antara punca ramai penduduk di Malaysia diisytiharkan muflis sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
    Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan (gambar kecil) berkata, setiap tahun semakin ramai rakyat di negara ini terdedah dengan risiko muflis ketika berusia 22 hingga 48 tahun.
    Katanya, kegagalan pemaju menyiapkan projek perumahan menjadi punca pembeli dibebani dengan hutang dan pinjaman yang akhirnya menyebabkan mereka berdepan tindakan mahkamah.
    “Jumlah individu yang muflis akibat rumah terbengkalai cukup membimbangkan iaitu seramai 200,000 orang di bawah projek perumahan pemaju tidak berlesen.
    “Bagi pemaju berlesen pula seramai 150,000 orang diisytiharkan muflis. Kedua-dua jumlah itu adalah yang direkodkan sejak tahun 1990,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
    Nadzim memberitahu, nasib yang dialami pembeli rumah terbengkalai dilihat tidak adil apabila pihak bank tidak mendesak pemaju untuk melangsaikan hutang akibat projek yang tidak siap.
    “Pihak bank memang tidak akan mencari pemaju sebaliknya pembeli yang perlu berhadapan dengan risiko pembelian rumah terbengkalai,” jelasnya.
    Sehubungan itu, Nadzim meminta institusi perbankan supaya bersifat berperikemanusiaan dan membuat pertimbangan sewajarnya sebelum mengambil tindakan muflis ke atas mana-mana individu yang berhutang.
    Beliau turut mencadangkan sistem Perbankan Islam di seluruh negara diperbaiki supaya dapat memberi manfaat kepada rakyat terutamanya dalam hal tanggungan hutang akibat rumah yang dibeli tidak dapat disiapkan.

    London: Satu siasatan dilancarkan semalam selepas pakar bedah di sebuah hospital yang dikecam mengalihkan bahagian salah paru-paru pesakit.
    Pembedahan tidak senonoh itu dijalankan di Hospital Basildon di Essex menyaksikan pakar bedah mengalihkan bahagian bawah paru-paru pesakit wanita walaupun mereka sebenarnya perlu memindahkan bahagian atas paru-parunya.
    Kesilapan besar itu dikenali sebagai “pembedahan bahagian yang salah” dirujuk sebagai kesalahan dalam nota perubatan pesakit terbabit.

    Pesakit wanita berkenaan bagaimanapun terselamat dalam prosedur Disember lalu itu, tetapi siasatan dilancarkan bagi mengetahui bagaimana kesilapan sebesar itu boleh berlaku.

    Sumber hospital yang enggan dikenali berkata: “Kelihatannya nota perubatan pesakit dari Hospital Broomfield itu diisi secara salah dan menunjukkan bahagian salah pada paru-paru yang dibedah.

    “Hospital Broomfield berkata, itu bahagian yang salah. Kelihatannya kesilapan itu dilakukan di Broomfield, tetapi siasatan akan menentukan sama ada ia dilakukan di Basildon.” Pengarah Perubatan di Basildon dan Hospital Besar Thurrock, Dr Steve Morgan berkata: “Pada Disember lalu terdapat insiden pembedahan bahagian yang salah. Kajian sedang dibuat terhadap insiden serius itu.

    “Tiada siapa digantung dan situasi insiden itu agak rumit.” Jurucakap Hospital Broomfield di Chelmsford, Essex, berkata: “Hospital Basildon menyedari insiden itu dan seiring dengan polisi keselamatan dalaman dan pemerintahannya, siasatan penuh akan dilakukan.

    “Ia akan mengkaji prosedur klinikal dalaman selepas siasatan itu.” - Daily Mail

    DAMSYIK: Kumpulan pemberontak berjaya menawan pangkalan udara Taftanaz di utara Syria, hari ini, di mana ia adalah perkembangan memberangsangkan ketika perbincangan antara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, pegawai dari Amerika Syarikat dan Russia menemui jalan buntu.

    "Pertempuran di lapangan terbang milik tentera Syria di Taftanaz berakhir pada jam 11 malam (waktu tempatan) dan pangkalan itu kini jatuh ke tangan pemberontak," kata Pengarah Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia, Rami Abdel Rahman.

    Bagaimanapun, sejurus kemudian, pangkalan itu diserang pesawat tempur Syria di mana bom dilepaskan sebagai usaha memusnahkan pangkalan berkenaan.

    DAMSYIK - Perdana Menteri Syria, Riad Hijab dilaporkan berpaling tadah ke Jordan ketika tekanan antarabangsa ke atas Presiden Bashar al-Assad terus meningkat.

    Riad dilantik ke jawatan itu oleh Bashar dua bulan yang lalu bagi memperkukuhkan kedudukan beliau.

    Beliau merupakan pemimpin tertinggi Syria meninggalkan negara itu, yang berhadapan dengan kebangkitan menentang kepimpinan Bashar sejak awal tahun lalu.

    Laporan BBC menyebut keluarga Riad juga telah meninggalkan Syria bersama beliau.

    Riad juga merupakan anggota Kabinet yang pertama bertindak demikian,

    Bulan lalu, Brig Jeneral Manaf Tlas, yang dilihat rapat dengan Bashar, juga berpaling tadah.

    SANAA: Seorang askar Yaman yang membawa bahan letupan di sebalik pakaian seragamnya, meletupkan diri di tengah-tengah satu batalion tentera di Sanaa, semalam, menyebabkan 96 anggota terbunuh dan kira-kira 300 cedera.

    Serangan berani mati itu adalah yang paling buruk di negara itu sejak presiden baru, Abdrabuh Mansur Hadi berikrar untuk menghapuskan kumpulan al-Qaeda dari wilayah selatan dan timur negara itu.

    Anggota pasukan perubatan berkata, mangsa yang cedera dirawat di tujuh hospital di Sanaa. Semua yang terbunuh dan cedera ialah anggota tentera.

    Sehingga ini, belum ada pihak mengaku bertanggung jawab terhadap letupan kuat itu yang menurut saksi, boleh didengar di seluruh ibu negara Yaman itu sehingga mencetuskan panik di kalangan penduduk.

    Pegawai kanan polis, Kolonel Abdul Hamid Bajjash yang bertanggungjawab terhadap keselamatan di kawasan berkenaan berkata, serangan itu mempunyai tanda-tanda ia dilakukan oleh al-Qaeda.

    Pengebom yang tidak dikenali itu meletupkan bahan letupan berkenaan ketika anggota dari pasukan keselamatan kerajaan pusat yang diketuai anak saudara bekas Presiden Ali Abdullah Saleh mengadakan latihan untuk perbarisan tentera bagi menyambut ulang tahun ke-22 penyatuan Yaman Selatan dan Utara.

    Menteri Pertahanan, Mohammed Nasser Ahmed hadir pada masa kejadian tetapi terselamat, kata pegawai.

    Menurut saksi, cebisan mayat mangsa berselerak di kawasan letupan di Dataran Sabeen, tempat kerajaan sering mengadakan perbarisan tentera secara besar-besaran. - AFP

    >>> RAWATAN & SIHAT Tanpa UBAT <<<
    Yahoo.com     Google.com     MSN.com

    46 maut di Iraq

    Posted by BioVCO | 4:42 PM | | 0 comments »

    BAGHDAD - Sekurang-kurangnya 46 orang terbunuh dalam serangan bom kereta dan letupan bom tepi jalan di beberapa buah bandar di Iraq semalam, kata polis dan sumber hospital.

    Seorang jurucakap Jabatan Kesihatan Karbala, Jamal Mahdi berkata, serangan tersebut melibatkan letupan berkembar di bandar suci puak Syiah itu yang meragut nyawa 13 orang manakala 48 lagi mangsa cedera.

    "Letupan kedua menyebabkan kemusnahan paling besar. Saya melihat anggota badan manusia, jari dan tangan bertaburan di atas jalan," kata seorang pemilik kedai berusia 23 tahun, Murtadha Ali Kadhim.

    "Pasukan keselamatan pula tidak bijak kerana berkumpul di tapak letupan tanpa memikirkan bahawa letupan kedua akan berlaku. Mereka turut menjadi sasaran serangan," tambahnya.

    Pasukan keselamatan kerap dijadikan sasaran serangan bom dan tembakan yang berlaku pada setiap hari di Iraq.

    Walaupun keganasan di Iraq telah berkurangan, para pemberontak dan militia Syiah masih berupaya melancarkan serangan di negara Asia Barat itu.

    Di Kirkuk, utara Iraq, satu letupan bom kereta berhampiran sebuah ibu pejabat polis telah menyebabkan sembilan orang terbunuh manakala 42 lagi mangsa cedera.

    Dalam kejadian di sini, seramai empat orang maut manakala 11 lagi cedera apabila sebuah kereta berisi bom meletup di luar sebuah bangunan pentadbiran tempatan.

    Siri keganasan terbaharu itu berlaku menjelang sidang kemuncak Liga Arab yang dijadualkan diadakan di sini pada minggu depan. - Reuters 

     
    >>> RAWATAN & SIHAT Tanpa UBAT <<<

    KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan berundur sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 8 April ini selepas tamat penggal sebagai Ahli Dewan Negara.

    Bagaimanapun, beliau akan terus menerajui Wanita UMNO bagi menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh akar umbi. 

    "Surat peletakan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini. Peletakan jawatan itu akan berkuat-kuasa pada 8 April ini," katanya di sini, sebentar tadi. 

    Beliau membuat pengumuman itu dalam satu sidang media selepas merasmikan "Majlis Karisma Keluarga: Jalinan Kasih" di Taman Tema Desa Waterpark, di sini.

    Pengunduran beliau dalam barisan Kabinet itu dipercayai ada kaitan dengan isu Pusat Fidlot Nasional. (NFC) yang menjalankan ternakan lembu di Gemas, Negeri Sembilan yang didakwa wujud penyelewengan serta membabitkan ahli keluarganya.

    Isu itu tercetus berikutan Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober tahun lalu yang menyentuh mengenai pengurusan NFC kerana berdepan masalah apabila sasaran pengeluarannya dikurangkan daripada 60,000 ekor lembu kepada 8,000 lembu.

    Pada 13 Januari, Shahrizat mula bercuti daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selama tiga minggu.


    KOLKATA, India - Seorang guru sebuah sekolah tinggi di sini yang mempunyai gaji bulanan sebanyak AS$700 (RM2,170) terkejut apabila dalam pemeriksaan rutin dalam online yang dibuatnya mendapati akaun banknya mempunyai baki hampir AS$10 bilion (RM31 bilion).

    Guru itu, Parijat Saha (gambar), 42, dari bandar Balurghat, negeri Bengal Barat berkata, dia memeriksa akaun Bank Negara India menerusi online pada Ahad lalu untuk mengesahkan penerimaan bayaran faedah sebanyak AS$200 (RM620).

    "Saya terkejut melihat jumlah yang terlalu banyak," katanya.

    Akaun itu menunjukkan baki sebanyak AS$9.87 bilion (RM30.59 bilion).

    Selepas pulih daripada kejutan awal kerana menjadi seorang bilionair dalam tempoh semalaman, sekurang-kurangnya di atas kertas, Saha, menyatakan dia terus menghubungi seorang rakan yang dikenalinya di bank berkenaan untuk menunjukkan ia secara jelasnya satu kesilapan perakaunan.

    Bank Negara India menyatakan, ia masih tidak mengetahui dengan jelas bagaimana jumlah tersebut didaftarkan dalam akaun Saha.

    "Kami cuba untuk memastikan apa yang silap," kata seorang pengurus cawangan bank itu, Subhashish Karmakar.

    "Kita telah menghubungi ibu pejabat wilayah di Kolkata dan ibu pejabat kebangsaan di Mumbai," tambahnya. - AFP


    KAHERAH: Pendakwa raya dalam kes perbicaraan Hosni Mubarak, semalam merayu mahkamah supaya menjatuhkan hukuman gantung terhadap bekas presiden itu kerana kesalahan membunuh penunjuk perasaan ketika pemberontakan yang menggulingkannya.

    Dalam penggulungan hujah penuh emosi pada perbicaraan itu, pendakwa raya berkata, Hosni, yang terlantar di atas pengusung dalam kandang tertuduh, perlu menjalani hukuman mati kerana mengarahkan pembunuhan penunjuk perasaan.

    “Undang-undang memperuntukkan hukuman mati terhadap kesalahan dalam kes pembunuhan yang dirancang,” kata Mustafa Khater kepada hakim, Ahmed Refaat.
    “Roh mereka yang terbunuh bertanya, di manakah hakim di dunia, hakim yang adil yang akan mendengar aduan kami, yang akan menghukum mereka yang menindas. “Pendakwa dan masyarakat Mesir mengharapkan kebenaran, menyedari bahawa semua orang adalah sama dari segi undang-undang dan darah rakyat Mesir tidak lagi murah,” kata Khater dalam penggulungan itu.

    Tuntutan rasmi hukuman mati terhadap Hosni, yang ditahan di sebuah hospital tentera kerana menjalani rawatan sakit jantung dan tujuh ketua keselamatannya yang dibicarakan bersama-samanya, mengakhiri kes pendakwa raya.

    Peguam bela dan peguam yang mewakili mangsa, akan memberi hujah balas mereka mulai Isnin ini.

    Ketua Pendakwa Raya, Mustafa Suleiman memberitahu mahkamah, Hosni, 83, sudah pasti mengarahkan polis melepaskan tembakan terhadap penunjuk perasaan sepanjang 18 hari pemberontakan itu yang mengakhiri pemerintahannya selama lebih 30 tahun, menyebabkan lebih 850 orang mati. - AFP


    SANAA: Presiden Yaman Ali Abdullah Saleh yang sepatutnya berundur membuat keputusan untuk terus tinggal di negaranya, memungkiri persetujuannya untuk meletak jawatan kata parti pemerintahnya, sebagai cubaan untuk menyelamatkan rejimnya yang mencetuskan pemberontakan dan protes jalanan.

    Sebagai isyarat tindak balas, anak lelaki dan anak saudara presiden itu melancarkan tindakan keras terhadap pembangkang yang disyaki di kalangan perkhidmatan keselamatan elit, kata pegawai dalam perkhidmatan. 

    Pasukan Pengawal Republik yang diketuai anak lelakinya Ahmed Ali Salleh dan Perkhidmatan Keselamatan Pusat yang diketuai anak saudara beliau sudah menjadi pasukan utama dalam usaha menghalang kebangkitan menentang pemerintahan Saleh tahun lalu. 

    Ratusan ribu rakyat Yaman berarak di jalan Sanaa dan bandar lain kelmarin, menuntut supaya Saleh dihadapkan ke muka pengadilan berikutan kematian penunjuk perasaan dalam tindakan keras sejak Februari.

    “Kami tidak akan benarkan mereka terlepas,” laung penunjuk perasaan sambil memegang poster presiden dengan tali gantung di sekeliling lehernya.

    Saleh menandatangani perjanjian peralihan kuasa awal November yang membolehkan beliau mengurangkan kuasanya selepas 33 tahun memerintah dengan harapan untuk menenangkan kegawatan yang menggegarkan negara Arab itu sejak berbulan.

    Dengan persetujuannya, Saleh menyerahkan kesemua kuasanya kepada naib presiden dan berikrar akan berundur secara rasmi selepas parlimen meluluskan imunitinya daripada didakwa.

    Bagaimanapun pembangkang berkata beliau terus cuba mengekalkan pengaruhnya menerusi penyokong setia dalam parti pemerintahannya dan menerusi pasukan keselamatan yang diketuai keluarganya.

    Partinya, Parti Kongres Rakyat masih dianggap berkuasa sebagai sebahagian daripada perkongsian kuasa kerajaan dengan pembangkang dan kritik berkata ia cuba melemahkan Naib Presiden Abed Rabbo Mansour Hadi.

    Sementara itu, tunjuk perasaan berterusan selepas penganjur menolak kehendak Saleh kerana peruntukan memberikan pemimpin itu imuniti. – AP